Digital Special Collection Portal

Peranan Galeri Dato Onn Sebagai Institusi Pendidikan Tidak Formal Di Batu Pahat, Johor Darul Takzim


Citation

Muhamad Ghazali Mahat (2023) Peranan Galeri Dato Onn Sebagai Institusi Pendidikan Tidak Formal Di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini di jalankan adalah bertujuan untuk mengetahui peranan Galeri Dato Onn sebagai pendidikan tidak formal di daerah Batu Pahat, Johor. Galeri Dato Onn ini dipilih kerana ia merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara warisan budaya khususnya di daerah Batu Pahat, Johor yang mempunyai keunikannya tersendiri. Untuk pengetahuan umum, mengapa pengkaji berminat untuk menjalankan kajian berkenaan tentang pendidikan tidak formal adalah kerana Galeri Dato Onn merupakan satu-satunya institusi yang menjalankan aktiviti warisan budaya di daerah Batu Pahat dibawah penyelenggaran Yayasan Warisan Johor. Oleh itu, Kajian ini juga akan lebih tertumpu kepada mengkaji peranan Galeri Dato Onn sebagai institusi pendidikan tidak formal. Bukan itu sahaja, penyelidikan ini juga akan turut menganalisis cabaran yang dihadapi oleh Galeri Dato Onn sebagai institusi pendidikan tidak formal di Batu Pahat. Hal ini kerana, peranan serta cabaran yang dihadapi oleh Galeri Dato Onn sebagai institusi pendidikan tidak formal perlu diberikan perhatian supaya institusi ini dapat menjadi sumber rujukan serta memberikan ilmu pengetahuan luas kepada orang ramai dalam memelihara serta memulihara warisan budaya yang terdapat di negeri Johor. Pengkaji mengunakan kaedah kualitatif sebagai sumber dapatan kajian yang mengfokuskan kepada informen dalam sesi temubual. Hasil dapatan kajian, Galeri Dato Onn merupakan institusi pendidikan tidak formal yang diselengara oleh Yayasan Warisan Johor, pelbagai aktiviti serta program telah banyak dijalankan di Galeri Dato Onn dengan kerjasama daripada pihak luar seperti Sekolah-sekolah Kerajaan dan persatuan bukan kerajaan (NGO). Keadaan ini telah banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan warisan budaya yang terdapat di Daerah Batu Pahat serta menjadi tempat rujukan kepada orang awam untuk menimba ilmu berkenaan sejarah.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMAD GHAZALI BIN MAHAT.pdf] Text
MUHAMAD GHAZALI BIN MAHAT.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 100
Supervisor: Dr Suraya Binti Sukri
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12992
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2