Digital Special Collection Portal

Fenomena Sosial Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Muhamad Firdaus Kamaruzaman (2023) Fenomena Sosial Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Cerita rakyat merupakan kisah-kisah pada zaman dahulu yang diceritakan oleh nenek moyang kita dengan menjadikan lisan sebagai perantaraan. Cerita rakyat ini mempunyai pelbagai kisah-kisah yang memberi teladan dan nasihat kepada pembaca. Cerita rakyat juga terdiri daripada beberada jenis genre antaranya sejarah, mistik, tokoh, binatang dan sebagainya. Fenomena sosial juga terkandung di dalam cerita rakyat yang dapat dijadikan contoh dan ikhtibar kepada pembaca. Namun pada hari ini masyarakat dilihat kurang prihatin untuk terhadap perubahan persekitaran sehingga menyebabkan mereka kurang cekap menangani masalah yang tidak dijangka berlaku. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti dan menganalisis fenomena sosial yang terdapat di dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Namun begitu, pengkaji telah membataskan kepada 49 cerita rakyat Melayu terpilih menerusi teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Selain itu, pengkaji menggunakan keadah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan rujukan teks atau dokumen. Kajian ini mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu dengan menerapkan Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa fenomena sosial yang berlaku di dalam cerita rakyat Melayu ini telah mengubah landskap kehidupan masyarakat Melayu pada hari ini. Hal ini kerana dunia telah berkembang dan maju mengikut kepada peredaran zaman. Hal tersebut telah membuatkan masyarakat Melayu turut sama berubah bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Maka, fenomena sosial telah diambil perhatian oleh masyarakat supaya dapat lebih maju dan berjaya seiring dengan peredaran masa.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMAD FIRDAUS BIN KAMARUZAMAN.pdf] Text
MUHAMAD FIRDAUS BIN KAMARUZAMAN.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 196
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12991
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2