Digital Special Collection Portal

Konservasi Bangunan: Pendokumentasian Struktur Bangunan Warisan Istana Batu Di Jalan Tengku Puteri, Kota Bharu, Kelantan


Citation

Muhamad Faiz Fadzilah (2022) Konservasi Bangunan: Pendokumentasian Struktur Bangunan Warisan Istana Batu Di Jalan Tengku Puteri, Kota Bharu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

ABSTRAK Di dalam penulisan tesis ini, tajuk yang telah dipilih adalah berkaitan dengan pendokumentasian bangunan warisan Istana Batu di Jalan Tengku Puteri, Kota Bharu Kelantan. Istana Batu merupakan sebuah tempat kediaman bagi Raja Kelantan iaitu KDYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV dan dihadiahkan kepada KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sempena perkahwinannya dengan DYMM Tengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra. Istana Batu secara rasminya dijadikan sebagai Muzium Diraja pada 25 Julai 1991 setelah keluarga Almarhum Sultan Yahya Petra mengampunkan perkenan meminjamkan bangunan tersebut supaya dijadikan tempat untuk menyimpan koleksi dan pameran kerabat Diraja bagi Negeri Kelantan sehingga ke hari ini. Permasalahan yang dirungkai dalam kajian ini adalah bangunan bersejarah kurang dipelihara dan dipulihara di Malaysia terutamanya, kekurangan tenaga mahir yang berdaftar di Malaysia dan kajian dan penyelidikan kurang dilakukan di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada objektif kajian iaitu mengenalpasti kerosakan yang terdapat di Istana Batu berdasarkan panduan dan menghuraikan keberkesanan panduan konservasi bagi Istana Batu. Kaedah metodologi yang digunakan ialah menggunakan data primer iaitu kaedah temu bual, pemerhatian dan kerja lapangan.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMAD FAIZ BIN FADZILAH.pdf] Text
MUHAMAD FAIZ BIN FADZILAH.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 88
Supervisor: Encik Jeff Goi Liang Jun
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12989
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2