Digital Special Collection Portal

Unsur islam dalam cerpen Antologi Sejadah Ibadah Karya Radzemah Bolhassan satu pengaplikasian teori pengkaedahan melayu


Citation

Siti Munirah binti Sayuti (2023) Unsur islam dalam cerpen Antologi Sejadah Ibadah Karya Radzemah Bolhassan satu pengaplikasian teori pengkaedahan melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan kajian tentang cerpen antologi yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat. Kajian ini dijalankan berdasarkan sebuah cerpen iaitu Antologi Sejadah Ibadah karya Radzemah Bolhassan. Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT. Ekoran daripada itu, pernyataan masalah membuktikan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang mengalami masalah sosial yang menyebabkan kurang memberikan penghayatan terhadap agama menyebabkan timbulnya masalah yang tidak diingini. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti, unsur Islam yang terdapat dalam cerpen Antologi Sejadah Ibadah karya Radzemah Bolhassan dan untuk menganalisis masalah sosial yang dihadapi oleh rentetan kehidupan sehingga mewujudkan rasa kecintaan kepada Allah SWT serta untuk mengetengahkan kaedah dalam mempertingkatkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT melalui cerpen Antologi Sejadah Ibadah karya Radzemah Bolhassan. Sehubungan dengan itu, metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu memaparkan kaedah kepustakaan, analisis tekstual dan sumber internet. Dalam pada itu, pengkaji menggunakan pengaplikasian teori Pengkaedahan Melayu berdasarkan pendekatan keagamaan. Justeru itu, dapatan kajian yang diperolehi ialah sikap masyarakat itu sendiri dapat membentuk dirinya. Oleh itu, bagi mempertingkatkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT kita hendaklah sentiasa menyucikan diri dengan mengikut segala tuntutan yang diperintahkan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Download File / URL

[thumbnail of SITI MUNIRAH BINTI SAYUTI (C19A0754).pdf] Text
SITI MUNIRAH BINTI SAYUTI (C19A0754).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 217
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12987
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2