Digital Special Collection Portal

Pelancongan Warisan Di Terrapuri Heritage Village: Tinjauan Terhadap Impak Ekonomi Masyarakat Setempat


Citation

Nur Qurratu’ Ain Razi (2023) Pelancongan Warisan Di Terrapuri Heritage Village: Tinjauan Terhadap Impak Ekonomi Masyarakat Setempat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Terengganu merupakan salah satu negeri yang menawarkan pelancongan yang berasaskan warisan sama ada dari segi budaya tradisi masyarakat mahupun lokasi pelancongan itu sendiri telah menarik para pelancong yang meminati warisan ini untuk datang. Jumlah peningkatan pelancong ke negeri Terengganu ini juga telah menyumbang kepada peluang pekerjaan, pendapatan dan peluang perniagaan lebih lebih lagi kepada masyarakat setempat. Kajian ini tertumpu di salah satu kawasan pelancongan yang terkenal di Terengganu iaitu Terrapuri Heritage Village. Kajian ini untuk menimbulkan kepentingan pelancongan berteraskan warisan dimata masyarakat lebih lebih lagi pelancongan luar bandar. Walaupun telah banyak kawasan pelancongan yang telah diangkat martabatnya, namun masih ramai masyarakat yang masih kurang pengetahuan tentang nilai warisan dan tidak memuliharanya dengan betul. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan keistimewaan Terrapuri Heritage Village sebagai lokasi pelancongan warisan serta mengkaji impak ekonomi terhadap masyarakat setempat. Pemeliharaan lokasi pelancongan ini amatlah penting agar nilai warisan dapat terus dipelihara serta menjadi modal utama untuk meningkatkan industri pelancong negeri Terengganu.

Kata Kunci: Budaya, pelancongan warisan, pemeliharaan, pemuliharaan, warisan, rumah tradisional

Download File / URL

[thumbnail of C19A0555 NUR QURRATU'AIN BINTI RAZI.pdf] Text
C19A0555 NUR QURRATU'AIN BINTI RAZI.pdf

Download (9MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 118
Supervisor: Farrah Atikah binti Saari
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12982
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2