Digital Special Collection Portal

Tapak arkeologi Sungai Batu: kajian terhadap penglibatan komuniti dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, Kedah, Malaysia


Citation

Nur Atiqah binti Umar (2023) Tapak arkeologi Sungai Batu: kajian terhadap penglibatan komuniti dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, Kedah, Malaysia. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada aspek penglibatan komuniti dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, Kedah. Kajian ini memfokuskan peranan penglibatan komuniti dalam melestarikan pengurusan tapak. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui pihak yang terlibat dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, mengkaji tahap penglibatan komuniti dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang dan menganalisis langkah-langkah melestarikan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kajian kes dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif melalui pemerhatian, temubual dan ‘survey’. Data kualitatif data dikumpul yang dianalisis menggunakan teknik analisis tematik dan bagi teknik kuantitatif, menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat penglibatan komuniti dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian ini, membuktikan bahawa terdapat penglibatan komuniti dalam pengurusan tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang serta membantu dari segi menguruskan kelestarian tapak. Dari hasil kajian tersebut mendapati bahawa tahap penglibatan komuniti berada ditahap ‘tokenism’ pada peringkat ‘placation’ di mana komuniti memberi kuasa kepada Jabatan Warisan untuk menguruskan tapak. Oleh itu, pihak pengurusan tapak perlu lebih proaktif dalam usaha mengajak komuniti untuk bersama-sama menguruskan tapak. Pihak perlulah menganjurkan aktiviti yang mesra komuniti bagi mengingkatkanpenglibatan komuniti di tapak.

Download File / URL

[thumbnail of NUR ATIQAH UMAR (C19B0491).pdf] Text
NUR ATIQAH UMAR (C19B0491).pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 110
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12981
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2