Digital Special Collection Portal

Suaiguna Semula Bangunan Muzium Masjid Sultan Abdullah Pekan, Pahang


Citation

NUR ZAFEEQAH ZAHARUDDIN (2023) Suaiguna Semula Bangunan Muzium Masjid Sultan Abdullah Pekan, Pahang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat suaiguna semula bangunan Muzium Masjid Sultan Abdullah. Dalam masa yang sama kajian ini dilakukan bagi tujuan untuk mengenalpasti sejarah Muzium Masjid Sultan Abdullah, mengkaji proses suaiguna semula bangunan Muzium Masjid Sultan Abdullah dan menganalisis kesan pelestarian Muzium Masjid Sultan Abdullah kepada komuniti setempat. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah atau dikenali sebagai kaedah campuran yang melibatkan kaeadah kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan maklumat dan data kajian dengan lebih terperinci tentang kajian yang dijalankan. Seramai tiga (3) orang responden telah dipilih bagi menjawab soalan temubual bagi mendapat data dan maklumat bagi objektif yang pertama dan kedua dalam kajian ini. Manakala bagi objektif terakhir, seramai 200 orang penduduk di sekitar Muzium Masjid Sultan Abdullah telah diambil sebagai responden. Data dan maklumat yang diporelehi dianalisis menggunakan kaedah Statistical Package For The Social Science (SPSS). Hampir kesemua data persoalan ini berada pada tahap yang tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukan di dalam kajian ini bagi penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan pelestarian masjid ini kekal sehingga generasi akan datang.

Kata Kunci: suaiguna, sejarah, muzium, SPSS, pelestarian

Download File / URL

[thumbnail of FULL PP NUR ZAFEEQAH BINTI ZAHARUDDIN C19A0592.pdf] Text
FULL PP NUR ZAFEEQAH BINTI ZAHARUDDIN C19A0592.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 84
Supervisor: DR. NORAZLINDA BINTI MOHAMED ROSDI
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12979
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2