Digital Special Collection Portal

Kajian Mengenai Penerimaan Masyarakat Jawa Di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor Terhadap Seni Persembahan Hamdolok


Citation

NUR SYAZANA HUSSIN (2023) Kajian Mengenai Penerimaan Masyarakat Jawa Di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor Terhadap Seni Persembahan Hamdolok. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerimaan masyarakat Jawa di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor terhadap seni persembahan Hamdolok. Terdapat tiga objektif yang digariskan dalam kajian ini antaranya adalah untuk mengenalpasti pengetahuan masyarakat Jawa tentang asal-usul tarian Hamdolok di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Seterusnya, objektif kedua adalah untuk mengkaji pengetahuan masyarakat Jawa tentang cara seni persembahan Hamdolok dipersembahkan di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Selain itu, objektif ketiga pula adalah untuk membincangkan sejauh mana penerimaan masyarakat di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor terhadap seni persembahan Hamdolok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai kajian yang dijalankan. Seramai dua orang informan telah di temu bual. Manakala, 70 orang responden telah terlibat dalam menjawab edara borang soal selidik. Oleh itu, perkara ini perlu dilihat agar kajian yang dijalankan oleh penyelidik dapat memberikan info dan maklumat baharu kepada semua individu, masyarakat, institusi dan negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarian Hamdolok.
Kata Kunci: seni persembahan, Hamdolok, Jawa, Johor, penerimaan masyarakat

Download File / URL

[thumbnail of Nur Syazana binti Hussin.pdf] Text
Nur Syazana binti Hussin.pdf

Download (7MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 119
Supervisor: DR. NORAZLINDA BINTI MOHAMED ROSDI
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12978
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2