Projek penyelidikan ini ditulis adalah bertujuan untuk mengenal pasti alat muzik Kelantan yang semakin pupus ditelan arus pembangunan. Alat muzik yang dikaji ialah alat muzik rebab. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda tentang alat muzik tradisional Kelantan. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aspek antropomorfisme terhadap rebab, peranan rebab dalam seni persembahan di Kelantan dan cara pembuatan serta teknik yang digunakan untuk menghasilkan alat muzik ini. Kajian rebab dijalankan berpandukan dengan sumber maklumat daripada responden dan kajian lepas, walaupun kekurangan kajian lepas kajian ini tetap diteruskan. Pelbagai kaedah digunakan untuk menjalankan projek penyelidikan ini untuk menentukan cara yang terbaik bagi menjawab persoalan yang wujud dalam kajian.