Digital Special Collection Portal

Kajian Mengenai Ketokohan Ulama Tok Bachok (Uthman Bin Haji Muhammad) Berdasarkan Persepsi Masyarakat Di Daerah Bachok


Citation

Nurul Izzati Rosli (2023) Kajian Mengenai Ketokohan Ulama Tok Bachok (Uthman Bin Haji Muhammad) Berdasarkan Persepsi Masyarakat Di Daerah Bachok. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui asal usul sejarah tokoh ulama yang terkemuka di daerah Bachok iaitu Tok Bachok. Tok Bachok merupakan seorang tokoh ulama yang terkemuka di daerah Bachok, Kelantan. Beliau telah menyumbangkan ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan khususnya kepada masyarakat yang tinggal di daerah Bachok. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan oleh Tok Bachok ini adalah tertumpu di kawasan daerah Bachok. Berdasarkan dari kajian ini terdapat beberapa permasalahan kajian yang telah wujud. Antaranya, adalah seperti kurangnya pengetahuan sejarah mengenai kewujudan tokoh, sumbangan yang telah disumbangkan oleh Tok Bachok kepada masyarakat dalam bidang keagamaan dan persepsi masyarakat terhadap tokoh ulama. Kajian yang dijalankan ini akan tertumpu kepada sejarah latar belakang tokoh ulama Tok Bachok yang dikagumi oleh masyarakat setempat. Seterusnya, sumbangan yang telah disumbangkan oleh tokoh ulama Tok Bachok kepada masyarakat dalam bidang keagamaan serta persepsi masyarakat terhadap tokoh ulama Tok Bachok yang terkemuka di daerah Bachok. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi mengumpulkan serta mendapatkan segala maklumat. Kaedah yang digunakan adalah seperti borang soal selidik, kepustakaan dan juga kaedah temubual. Kajian ini juga akan memberikan cadangan penambahbaikan dari segi mengubah persepsi masyarakat terhadap tokoh ulama Tok Bachok yang pada asalnya kurang diketahui dan dikenali. Hal ini demikian kerana sewaktu beliau berada di sekitar umur 40an, beliau telah banyak menyumbangkan ilmu keagamaan kepada masyarakat Bachok. Penyebaran ilmu agama tersebut dilaksanakan setelah beliau pulang dari Kota Mekah. Pengetahuan mengenai latar belakang Tok Bachok ini amatlah penting dalam mengubah persepsi masyarakat di Bachok agar mereka tidak melupakan akan sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh tersebut.

Kata Kunci: Daerah Bachok, persepsi, sumbangan, sejarah, tokoh ulama.

Download File / URL

[thumbnail of PENULISAN PENUH PP 1_ 2 NURUL IZZATI BINTI ROSLI.pdf] Text
PENULISAN PENUH PP 1_ 2 NURUL IZZATI BINTI ROSLI.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 106
Supervisor: Farrah Atikah binti Saari
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12974
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2