Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Pemetaan Rumah Tradisional Melayu Johor Di Daerah Muar, Johor


Citation

Nurul Huda Azman (2023) Kajian Terhadap Pemetaan Rumah Tradisional Melayu Johor Di Daerah Muar, Johor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek penyelidikan ini berkaitan satu “Kajian Terhadap Pemetaan Rumah Tradisional Melayu Johor di Daerah Muar, Johor”. Rumah tradisional Melayu Johor mempunyai identitinya sendiri dengan mengikut budaya, persekitaran, ekonomi dan iklim kawasan mereka tersendiri. Rumah tradisional Melayu di Malaysia terutama di Semenanjung mempunyai konsep, falsafah ruang dan fungsi yang hampir sama berasaskan kepada ajaran agama Islam dan budaya Melayu, menurut Ar Mastor Surat, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Kamarudin Ab. Razak (2010). Penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut objektif kajian yang telah dikemukan antaranya mengenal pasti bilangan taburan rumah tradisional Melayu Johor di Daerah Muar, menganalisis tahap permuliharaan rumah tradsional Melayu Johor dan menilai keistimewaan reka bentuk fasad rumah tradisional Melayu Johor. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif seperti temu bual, edaran borang soal selidik beserta pemerhatian di kajian lapangan. Kewujudan rumah tradisional Melayu Johor atau terkenal dengan rumah Limas Johor diketengahkan di dalam penyelidikan ini oleh kerana peredaran zaman dan perubahan inovasi tekonologi yang semakin maju. Pengkaji berharap kajian ini dapat membantu pelbagai pihak tidak kira di peringkat masyarakat sehingga ke pihak kerajaan terutama di dalam bidang konservasi warisan seni bina rumah tradisional Melayu Johor.

Download File / URL

[thumbnail of PENULISAN PENUH PP 2 NURUL HUDA BINTI AZMAN (C19A0661).pdf] Text
PENULISAN PENUH PP 2 NURUL HUDA BINTI AZMAN (C19A0661).pdf

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 139
Supervisor: Farrah Atikah binti Saari
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12973
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2