Digital Special Collection Portal

Kajian Tentang Pengalaman Pengguna Terhadap Penggunaan Muzium 360 Darjah Di Muzium Negara, Malaysia.


Citation

Nurul Ain Najwa Razali (2023) Kajian Tentang Pengalaman Pengguna Terhadap Penggunaan Muzium 360 Darjah Di Muzium Negara, Malaysia. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang pengalaman pengguna terhadap penggunaan muzium secara 360 darjah di Muzium Negara, Malaysia. Kajian ini juga memfokuskan ciri-ciri yang terdapat dalam penggunaan muzium 360 darjah di Muzium Negara, pengetahuan dan pengalaman pengguna terhadap penggunaan muzium 360 darjah. Kajian ini juga berpandukan kepada teori kognitif pembelajaran multimedia oleh Mat Dawi dan kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif. Kaedah ini dijalankan menggunakan set soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS. Tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik diberikan kepada 357 orang responden yang dipilih secara rawak menggunakan jadual Krecjie Morgan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri yang terdapat dalam penggunaan muzium 360 darjah ada tiga iaitu kaedah rakaman fotografi dan videografi, penggunaan panorama 360 darjah dalam persekitaran maya dan panduan navigasi Muzium Negara di dalam laman web muzium 360 darjah. Selain itu, aspek pengetahuan dan pengalaman pengguna dalam menggunakan muzium 360 darjah memberikan impak yang positif dalam kalangan pengguna digital di luar sana. Melalui Muzium Negara yang dipamerkan secara 360 darjah mampu meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam permuziuman sekaligus dapat memberikan contoh yang baik kepada muzium yang lain untuk menggunakan teknologi yang ada di dalam Malaysia. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi penggunaan muzium secara 360 darjah.

Kata Kunci: Muzium 360 darjah, Pengalaman Pengguna, Muzium Negara

Download File / URL

[thumbnail of FULL FYP  .C19A0631.pdf] Text
FULL FYP .C19A0631.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 113
Supervisor: Dr Suraya Binti Sukri
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12971
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2