Digital Special Collection Portal

Unsur Mitos Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Nurul Afiqah Zulkefli (2023) Unsur Mitos Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Cerita rakyat Melayu adalah salah satu bentuk cerita sastera rakyat Melayu yang tertua di alam Melayu. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti unsur mitos yang terdapat dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan dan menganalisis unsur mitos yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini telah dijalankan kerana masih terdapat kekurangan kajian lepas mengenai unsur mitos yang dilakukan terhadap teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan serta penggunaan buku ini juga masih lagi baharu dan ianya merupakan hasil terbitan pertama yang belum dikaji sepenuhnya oleh para penyelidik lain. Perkara ini telah mendorong pengkaji untuk melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam yang berpandukan batasan kajian iaitu menghuraikan secara keseluruhan mengenai penceritaan yang bertajuk “Unsur Mitos dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu”. Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan memfokuskan kaedah kepustakaan dan kaedah rujukan teks atau dokumen yang berpaksikan kepada penggunaan pendekatan teori pengkaedahan Melayu. Oleh itu, kajian ini menggunakan teori pengkaedahan Melayu kerana teori tersebut adalah cabang penting dalam kesusasteraan Melayu yang banyak mencerminkan sikap dan nilai kebudayaan Melayu itu sendiri bagi melambangkan bangsa Melayu dengan kekuatan agama Islam yang mampu mendatangkan nilai positif dalam diri setiap individu.

Kata Kunci: Teks Seuntaian Naratif Lisan, Cerita Rakyat, Unsur Mitos, Teori Pengkaedahan Melayu

Download File / URL

[thumbnail of PROJEK PENYELIDIKAN DUA.pdf] Text
PROJEK PENYELIDIKAN DUA.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 200
Supervisor: Dr.Mohd Firdaus Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12970
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2