Digital Special Collection Portal

Kajian Berkaitan Potensi Dan Cabaran Dalam Sektor Pelancongan Warisan Terhadap Masjid Sultan Abu Bakar Di Johor Bahru, Johor


Citation

Nur Syasya Nabilah Hanim Mat Isa (2023) Kajian Berkaitan Potensi Dan Cabaran Dalam Sektor Pelancongan Warisan Terhadap Masjid Sultan Abu Bakar Di Johor Bahru, Johor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Bangunan bersejarah juga termasuklah bangunan masjid lama yang terbina sejak awal pembinaan pada abad ke-16. Masjid ini berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tempat bersujud. Bangunan masjid ini merupakan masjid utama negeri Johor yang telah dibina pada antara tahun 1892 dan 1900. Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah merasmikan bangunan masjid ini pada tahun 1900 dan menelan perbelanjaan sebanyak lebih 400,000 dolar. Uniknya reka bentuk keseluruhan masjid ini dipengaruhi oleh reka bentuk bangunan pada zaman kolonial yang juga bercampur dengan reka bentuk tempatan. Antara masalah yang terdapat pada kajian ni adalah terdapat percanggahan yang berlaku di antara pelancongan dan juga pemeliharaan. Selain itu, kajian terhadap Masjid Sultan Abu Bakar ini tidak khusus kepada isu dan cabaran berkaitan dengan pelancongan warisan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti nilai warisan yang terdapat di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, menganalisis potensi yang terdapat di Masjid Sultan Abu Bakar dalam sektor pelancongan warisan, dan menyiasat isu dan cabaran di dalam menjadikan Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru dalam sektor pelancongan warisan. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah tertumpu kepada kaedah kuantitatif dan kualitatif. Segala data atau maklumat yang berkaitan dengan kajian pengkaji akan dikumpulkan bagi memenuhi objektif yang dinyatakan. Penggunaan kedua-dua data ini dapat memantapkan lagi kajian yang dijalankan kerana perolehan data tersebut akan lebih tepat dan jelas. Kajian penyelidikan ini iaitu kajian berkaitan potensi dan cabaran dalam sektor pelancongan warisan terhadap Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor ini akan dapat memberikan pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat setempat bahawa masjid ini merupakan antara aset warisan yang amat penting.

Download File / URL

[thumbnail of KAJIAN BERKAITAN POTENSI DAN CABARAN DALAM SEKTOR PELANCONGAN WARISAN TERHADAP MASJID SULTAN ABU BAKAR DI JOHOR BAHRU, JOHOR.pdf] Text
KAJIAN BERKAITAN POTENSI DAN CABARAN DALAM SEKTOR PELANCONGAN WARISAN TERHADAP MASJID SULTAN ABU BAKAR DI JOHOR BAHRU, JOHOR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 102
Supervisor: SAHRUDIN BIN MOHAMED SOM
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12968
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2