Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap kaedah pendalang muda persembahan wayang kulit Kelantan Di Bachok Kelantan


Citation

Hadi Nor Haqim Bin Hashim (2023) Kajian terhadap kaedah pendalang muda persembahan wayang kulit Kelantan Di Bachok Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian berkenaan persembahan wayang kulit bukanlah satu bidang yang asing. Rintisan terhadap kajian mengenainya adalah rentetan daripada hasrat bagi merealisasikan untuk membuat satu dokumentasi berkenaan sejarah dan pengurusan persembahan wayang kulit terutama sekali dengan menggunapakai kaedah pendalang muda dalam konteks kebudayaan masyarakat sekitar dan skop kajian merangkumi kawasan sekitar negeri Kelantan. Wayang kulit secara sejarahnya sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu lagi. Ia juga mengangkat martabat kebudayaan ini selaras dengan tema masyarakat dan berpandukan nasihat dan tauladan sebagai medan untuk keunikan budaya tersebut. Meyelusuri apa yang terdapat pada wayang kulit ini jelas ditekankan untuk membawa maksud dan definisi sebenar akan kelangsungan kebudayaan wayang kulit terhadap pendalang muda. Perubahan stigma masyarakat terhadap kaedah pendalang muda dalam persembahan wayang kulit jelas menunjukkan tiada kajian yang khusus berkenaan topik ini. Oleh itu, perlu jelas akan kajian yang ingin dilakukan agar stigma masyarakat akan pro dan kontra terhadap kebudayaan wayang kulit menggunapakai kaedah pendalang muda dapat diperluas secara komprehensif dan terperinci.

Download File / URL

[thumbnail of HADI NOR HAQIM BIN HASHIM.pdf] Text
HADI NOR HAQIM BIN HASHIM.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 86
Supervisor: Encik Mohd Aswawi bin Isa
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12960
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2