Digital Special Collection Portal

Penghayatan masyarakat Johor terhadap Tarian Tradisional Melayu Zapin


Citation

Farah Nazihah Binti Zinurin (2023) Penghayatan masyarakat Johor terhadap Tarian Tradisional Melayu Zapin. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini adalah untuk melihat kecaknaan golongan belia tentang seni tarian zapin di Johor. Tarian Zapin sememangnya cukup terkenal di Negeri Johor. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah dalam melestarikan tarian zapin ini. Antara masalahnya ialah kurangnya pengetahuan mengenai latar belakang dan sejarah tarian zapin semakin dipinggirkan. Selain itu, masyarakat mempunyai mentaliti bahawa tarian zapin tidak menarik dan membosankan. Oleh itu, objektif bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap penghayatan masyarakat di Negeri Johor terhadap tarian tradisional Melayu iaitu tarian zapin dan mengkaji faktor yang mengakibatkan tarian zapin semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat. Masalah dan objektif kajian ini akan diselesaikan pada bahagian metodologi kajian yang akan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Seramai 65 responden telah menjawab soalselidik yang telah diedarkan. Hasil kajian, 92% masyarakat Johor masih menganggap bahawa Tarian Zapin adalah tarian yang menarik dan 8% lagi menganggap tarian zapin tidak menarik kerana kehadiran muzik moden yang semakin berkembang pesat. Oleh itu, kajian komprehensif mengenai Tarian Zapin perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Download File / URL

[thumbnail of FARAH NAZIHAH BINTI ZINURIN.pdf] Text
FARAH NAZIHAH BINTI ZINURIN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Supervisor: Ts. Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12958
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2