Digital Special Collection Portal

Pemikiran penglipur lara dalam teks seuntaian naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan


Citation

Anis Nazurah Binti Md Karim (2023) Pemikiran penglipur lara dalam teks seuntaian naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian Naratif Lisan yang menjalankan penelitian terperinci terhadap Pemikiran Penglipur Lara dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Hal ini dikatakan demikian kerana naratif ditafsirkan sebagai sesuatu penceritaan sama ada satu atau lebih berdasarkan kisah yang benar atau tidak benar oleh beberapa orang pencerita atau beberapa orang penerima cerita yang dapat dijadikan sebagai satu wadah dalam pembentukan masyarakat yang lebih bertamadun. Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah pengkaji mendapati terdapat kelompongan berdasarkan soratan kajian lepas kurang kajian mengenai pemikiran penglipur lara telah dibuat. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti pemikiran penglipur lara dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu,Kelantan dan menganalisis pemikiran penglipur lara dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu,Kelantan yang dapat dikaitkan dengan Teori Pengkaedahan Melayu. Melalui kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada 24 cerita rakyat yang telah dipilih. Selain itu, Kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan, teks dan dokumen serta melayari internet telah digunakan sebagai sumber rujukan untuk menghasilkan kajian ini. Teori Pengkaedahan Melayu diaplikasikan sebagai deduktif kajian. Menerusi Teori Pengkaedahan Melayu ini, pengkaji menerapkan pendekatan kemasyarakatan, pendekatan dakwah dan pendekatan moral. Rumusan daripada hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai pemikiran yang telah diterapkan berdasarkan pemikiran penglipur lara dalam cerita rakyat ini bagi memberi pengajaran dan tauladan kepada masyarakat Melayu untuk membentuk insan yang lebih bertamadun.

Download File / URL

[thumbnail of ANIS NAZURAH BINTI MD KARIM.pdf] Text
ANIS NAZURAH BINTI MD KARIM.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 185
Supervisor: Dr.Mohd Firdaus Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12954
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2