Digital Special Collection Portal

Strategi Pemasaran Muzium Wau Tumpat, Kelantan.


Citation

Rabitah Sutikin (2023) Strategi Pemasaran Muzium Wau Tumpat, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Secara amnya muzium digunakan sebagai bangunan untuk menyimpan bahan-bahan warisan serta mempamerkan bahan-bahan warisan kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini muzium telah menjadi salah satu tarikan pelancong bagi sesetengah negara untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke negara tersebut. Oleh itu, pemasaran bagi muzium amatlah penting untuk memperkenalkan muzium kepada masyarakat agar dapat menarik lebih banyak pengunjung. Pemasaran bagi setiap muzium berbeza mengikut keistimewaan dan pameran yang dilakukan oleh pihak muzium. Melalui pemasaran yang dilakukan muzium akan dapat dikenali oleh lebih banyak masyarakat terutamanya pengunjung daripada masyarakat tempatan. Melalui kajian yang dilakukan dalam Projek Penyelidikan 1 ini, masyarakat serta penyelidik pada masa akan datang dapat mengetahui tentang keistimewaan dan keunikan Muzium Wau Tumpat, Kelantan. Penyelidikan ini dijalankan mengikut objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu mengenal pasti strategi pemasaran yang dilakukan oleh Muzium Wau Tumpat, Kelantan dan mengenalpasti ciri-ciri tarikan pelancong yang terdapat di Muzium Wau Tumpat, Kelantan. Melalui objektif yang dipilih pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpulkan maklumat dan data-data yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah yang dipilih ialah pemerhatian, soal selidik dan temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada responden. Dengan kajian yang dijalankan ini, penyelidik pada masa akan datang dapat mengetahui masalah dan juga keistimewaan Muzium Wau Tumpat, Kelantan.
Kata kunci: Muzium Wau Tumpat, Kelantan, Wau, Pemasaran Muzium.

Download File / URL

[thumbnail of RABITAH SUTIKIN C19A0711.pdf] Text
RABITAH SUTIKIN C19A0711.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 103
Supervisor: Jeff Gooi Liang Jun
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12902
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2