Digital Special Collection Portal

Grafik dan muzik: analisis reka bentuk kulit album


Citation

Salziana Ibrahim (2021) Grafik dan muzik: analisis reka bentuk kulit album. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penulisan tesis ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait antara grafik dan muzik dalam penghasilan reka bentuk kulit album. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa rekaan kulit album telah banyak mengalami perubahan dari pelbagai aspek mengikut perkembangan industri muzik itu sendiri namun tidak pernah dirungkai dengan mendalam perkembangannya dalam konteks Malaysia. Kajian multidisiplin ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu penyelidikan kajian kes untuk melihat kaitan grafik dan muzik terhadap 20 buah kulit album. Lima orang artis telah dipilih untuk mewakili empat genre muzik iaitu Zainal Abidin mewakili genre Pop, Kumpulan Search mewakili genre Rock, Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris mewakili genre Irama Malaysia dan Kumpulan Raihan mewakili genre Nasyid. Pilihan ini dibuat secara rawak dan mengehadkannya mengikut kesesuaian kajian kes. Data yang dikumpul dianalisis dan dinilai dari segi grafik berdasarkan tiga elemen iaitu warna, visual dan tipografi manakala, dari segi muzik pula dilihat secara umum daripada elemen ritma, ton dan lirik lagu dalam album yang dikaji. Pelbagai teknik dan rekaan digunakan untuk menyampaikan mesej yang berhubung kait dengan genre sesebuah album kepada masyarakat. Kesimpulannya, hubung kait antara grafik dan muzik dapat dilihat pada kesemua kulit album yang dikaji sama ada daripada pengaruh dalam atau luar negara. Oleh hal demikian, hubungan antara reka bentuk grafik dan album muzik tidak dapat dipisahkan untuk menghasilkan kulit album yang berkualiti di samping menyampaikan maklumat dengan kreatif.

Download File / URL

[thumbnail of Salziana binti Ibrahim.pdf] Text
Salziana binti Ibrahim.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2021
Subject Heading: Graphic arts
Subject Heading: Sound recordings - Album covers
Number of Pages: 306
Call Number: NC997 .S25 2021 tes
Supervisor: Dr. Raja Iskandar Raja Halid
Programme: Sarjana Sastera
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11894
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2