Digital Special Collection Portal

Perubatan tradisional dalam Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Kota Bharu, Kelantan


Citation

Nur Amalina Mat Rafi (2021) Perubatan tradisional dalam Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Kota Bharu, Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Silat merupakan seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan tersebar luas di Nusantara. Namun, tajuk yang dikaji iaitu „Perubatan Tradisional Dalam Seni Silat Pusaka Gayong di Kora Bharu, Kelantan‟ tidak diketahui oleh semua kalangan masyarakat ekoran daripada kekurangan sumber ilmiah yang boleh mengangkat taraf perubatan tradisional ini meskipun elemen perubatan telah bergerak seiring dengan pembelajaran ilmu. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti penyakit dan kecederaan yang kerap diubati oleh gurulatih, mengkaji kaedah perubatan yang diamalkan di dalam pertubuhan seni silat dan mengetahui keberkesanan rawatan terhadap pesakit. Bagi menyokong kajian ini, pengkaji telah menggunakan Teori Max Weber untuk memperjelaskan tanggungjawab sebenar yang digalas oleh gurulatih dalam memimpin pertubuhan seni silat. Di samping itu, kajian ini juga amat berguna kepada lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kepada pelatih seni silat itu sendiri dimana mereka boleh meneroka ilmu baru seperti teknik merawat. Mengungkap secara lebih lanjut tentang penemuan perubatan dalam seni silat ini, pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kaedah etnografi dimana pengkaji sendiri melibatkan diri secara langsung dalam pertubuhan seni silat.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Amalina Binti Mat Rafi.pdf] Text
Nur Amalina Binti Mat Rafi.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2021
Subject Heading: Traditional medicine
Subject Heading: Martial arts - Health aspects
Number of Pages: 259
Call Number: GR880 .N87 2021 tes
Supervisor: Dr. Raja Iskandar Raja Halid
Programme: Sarjana Sastera
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11871
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2