Digital Special Collection Portal

Faktor dominan penyebab defisit penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negeri Kelantan


Citation

Ramli Hassan (2021) Faktor dominan penyebab defisit penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penguatkuatkuasaan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Malaysia dilihat lebih kepada pendekatan memujuk berbanding pendekatan punitif atau menghukum. Statistik menunjukkan 1 tindakan memujuk (arahan bertulis di dalam buku log, surat arahan dan notis) dibuat bagi setiap 4.4 aktiviti yang dijalankan berbanding 1 tindakan punitif (kompaun dan pendakwaan di mahkamah) bagi setiap 281 aktiviti. Kajian ini bertujuan untuk i) mengenalpasti faktor penguatkuasaan KKP ii) mengkaji persepsi penguatkuasa KKP terhadap tindakan punitif ke atas majikan yang ingkar undang-undang KKP dan iii) mengenalpasti faktor penguatkuasaan dominan bagi mengatasi masalah penguatkuasaan defisit. Data telah diperolehi di JKKP Kelantan dengan menggunakan borang soal-selidik yang menggunakan skala Likert 1-5. Jumlah responden yang terlibat adalah 31 orang iaitu 100% daripada populasi penguatkuasa KKP di Kelantan. Analisa deskriptif dan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) telah dijalankan ke atas data yang diperolehi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 25. Dapatan kajian menunjukkan majority (51.6%) responden kurang bersetuju dengan tindakan punitif ke atas majikan, kecuali bagi kes kemalangan maut. Kecenderungan ini disebabkan faktor gaya penguatkuasaan di JKKP yang lebih mengutamakan pendekatan membimbing dan juga faktor sikap yang menunjukkan majoriti responden tidak berminat untuk menjalankan siasatan dan menyediakan kertas siasatan (IP). Menerusi EFA, faktor penguatkuasaan paling dominan yang dikenalpasti ialah faktor pengetahuan, kefahaman dan kemahiran (berkaitan siasatan dan penyediaan IP) diikuti oleh faktor sikap (terhadap siasatan dan penyediaan IP) dan faktor kesediaan rekod (bagi membantu siasatan dan penyediaan IP). Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mengenalpasti aspek di dalam penguatkuasaan KKP yang menjurus kepada bilangan tindakan punitif yang kecil. Oleh itu, hasil kajian ini memberi impak yang besar kepada penguatkuasaan KKP bagi mewujudkan dan menambahbaik budaya kerja selamat dan sihat di Malaysia.

Download File / URL

[thumbnail of Ramli Bin Hassan.pdf] Text
Ramli Bin Hassan.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2021
Subject Heading: Industrial safety - Law and legislation
Number of Pages: 173
Call Number: K1820 .R36 2021 tes
Supervisor: Prof. Ts. Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail
Programme: Sarjana Sastera
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11631
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2