Digital Special Collection Portal

Eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab dalam persembahan Makyung: satu kajian perbandingan Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung di Kelantan


Citation

Nurdhiya Syahirah Aris (2021) Eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab dalam persembahan Makyung: satu kajian perbandingan Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung di Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung merupakan dua buah kumpulan Makyung yang terkenal di Kelantan. Kumpulan Sri Gabus berasal dari Kampung Gabus, Pasir Mas, manakala Bunga Emas Seri Temenggung kini bertapak di Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. Boleh dikatakan bahawa Kumpulan Sri Gabus berfungsi di luar bandar dan Bunga Emas Seri Temenggung pula di kawasan Bandar. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai gaya persembahan yang tersendiri. Kajian ini mengenai kurangnya kefahaman tentang eksplorasi gaya tarian yang dilakukan oleh dua kumpulan yang berbeza latar belakang. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab dan mengenalpasti perbezaan pergerakan tarian antara dua kumpulan tersebut. Analisis kajian ini berdasarkan wiraga, wirasa, wirama dan wirupa yang merupakan dasar estetika tari yang digunapakai di Indonesia. Dapatan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan lapangan yang melibatkan kaedah pemerhatian, temubual seperti pengkaji juga menceritakan tentang pengalaman sebagai penari yang turut serta dalam melakukan pergerakan tarian. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang ketara di antara kumpulan luar bandar dan kumpulan bandar ini dari aspek eksplorasi gerak yang terdapat daripada setiap tarian Mengadap Rebab. Kajian ini dapat memberi manfaat dan pendedahan terutama kepada generasi muda yang mengalami kekeliruan. Semoga kajian ini dapat memberi faedah kepada semua pihak dan memberi garis panduan dalam mengenalpasti eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab.

Download File / URL

[thumbnail of Nurdhiya Syahirah Aris.pdf] Text
Nurdhiya Syahirah Aris.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2021
Subject Heading: Makyung (Dance drama)
Subject Heading: Folk dance
Subject Heading: Kumpulan Sri Gabus|
Subject Heading: Kumpulan Bunga Emas Seri Temenggung
Number of Pages: 251
Call Number: PN2899.45.M34 N87 2021 tes
Supervisor: Dr. Raja Iskandar Raja Halid
Programme: Sarjana Sastera
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11422
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2