Citation
Mohd Khairul Azman, Che Ibrahim (2023) Pembuatan Wau Bulan. [Image] |
Abstract
PEMBUATAN WAU BULAN Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat wau adalah seperti buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakang. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau. Sehubungan dengan itu, untuk membuat wau memerlukan kepakaran dan kemahiran bagi memperoleh sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bahan seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti kerana terdapat beberapa petua serta pantang larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut. MERAUT BULUH Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Buluh yang terbaik digunakan untuk membuat sayap wau ialah buluh duri kerana ia tidak mudah patah dan keras. Buluh betong pula sesuai dijadikan tulang belakang. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :- MEMBUAT BINGKAI Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh. Rangka bingkai wau kemudian akan diikat: PROSES MEMASANG TANAH WAU Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil 'tanah' akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah: MENYOBEK WAU Wau perlu disobek untuk kelihatan lebih cantik. Warna wau juga memainkan peranan supaya ia kelihatan cantik. Jambul, belalai dan busur merupakan pelengkap kepada sesebuah wau. MENGUKUR DAN MELUKIS CORAK Ukiran reka corak pada badan wau adalah antara ciri-ciri utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat: MEMASANG JAMBUL ATAU RAMBU Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Jambu biasanya diperbuat daripada kertas 'crepe' yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu. MEMASANG BELALAI Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. MEMASANG BUSUR Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu 'bok', daun ibus, inas dan buluh penyepit. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
Item Type: | Image |
---|---|
Date: | 2023 |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11234 |
Statistic Details: | View Download Statistic |