Digital Special Collection Portal

Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan)


Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan (2019) Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan). [Image]

Abstract

Istana Jahar atau juga dikenali sebagai Nuzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan ini terletak di bersebelahan Istana Balai Besar dan Kota Sultan Ismail Petra, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan adalah 1,822 meter persegi dan merupakan salah satu mercu tanda dan daya tarikan pelancong yang paling utama ke Jajahan Kota Bharu khususnya dan ke negeri Kelantan amnya. Pembinaan Istana Jahar telah diasaskan oleh Sultan Muhammad II untuk cucu baginda, Long Kundur dan ianya siap dibina pada 1887.

Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Banggol serta Haji Mohd Salleh (Dato' Kaya Bakti). Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah. Setelah sekian lama menjadi kediaman keluarga D'Raja, istana ini telah ditukarkan kepada muzium yang mempamerkan kekayaan kebudayaan warisan Melayu Kelantan. Di sini terdapat banyak artifak dan gambar yang membuktikan kekayaan warisan budaya Melayu Kelantan, darihal kehidupan seharian sehinggalah adat istiadat kebesaran. Bangunan istana ini sendiri dipenuhi dengan ukiran kayu yang menjelaskan lagi kehebatan seni tukang kayu Melayu Kelantan.

Download File / URL

[thumbnail of IMG_3865.JPG]
Preview
Image
IMG_3865.JPG

Download (5MB) | Preview
[thumbnail of IMG_3864.JPG]
Preview
Image
IMG_3864.JPG

Download (6MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 2019
Subject Heading: Historic Sites - Kelantan
Subject Heading: Kelantan - Description and travel
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11047
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2