Digital Special Collection Portal

Faktor-faktor kejayaan dan masalah dalam pengendalian perniagaan di kalangan usahawan wanita di dua buah daerah di negeri Kelantan.


Citation

Norshuhaida Binti Mohamad (2014) Faktor-faktor kejayaan dan masalah dalam pengendalian perniagaan di kalangan usahawan wanita di dua buah daerah di negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Submitted)

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita bagi dua buah daerah di Negeri Kelantan. Kajian ini juga meneliti masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan mereka. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif di mana maklumat dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel adalah terdiri daripada 60 orang wanita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di Kota Bharu dan Tanah Merah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) 17.0 untuk mendapatkan maklumat kekerapan, peratusan dan min. Dalam kajian ini, Analisis Faktor digunakan untuk mendapatkan data yang lebih terperinci mengenai faktor kejayaan dan kegagalan usahawan wanita. Kajian menunjukkan terdapat lima faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita iaitu faktor sikap, strategik perniagaan, pengurusan perniagaan, kemahiran atau pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih komprehensif dengan sampel yang lebih besar perlu dijalankan sebelum sesuatu program atau dasar berkaitan dengan keusahawanan wanita hendak dilaksanakan.

Download File / URL

[thumbnail of FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DAN MASALAH DALAM PENGENDALIAN PERNIAGAAN DI KALANGAN USAHAWAN WANITA DI DUA BUAH DAERAH DI NEGERI KELANTAN.pdf] Text
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DAN MASALAH DALAM PENGENDALIAN PERNIAGAAN DI KALANGAN USAHAWAN WANITA DI DUA BUAH DAERAH DI NEGERI KELANTAN.pdf

Download (905kB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Kelantan
Date: 2014
Programme: Pengurusan dan Ekonomi
Institution: Universiti Pendidikan Sultan Idris
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10997
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2