Digital Special Collection Portal

Apresiasi seni catan mural- satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan badak, bachok, kelantan.


Citation

Mohd Zulkifli and Mat Salleh (2010) Apresiasi seni catan mural- satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan badak, bachok, kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji perkembangan pengkaryaan seni catan mural di Sekolah Menengah Kebangsaan Badak. Daripada tinjauan awal di lapangan penyelidik melihat keperluan untuk menyelidik apakah kesan yang mungkin titnbul hasil dari kewujudan catan mural terhadap kemampuan apresiasi Seni Visual dalam kalangan pelajar di sekolah tersebut. Menerusi kajian literatur penyelidik mendapati salah satu proses pendidikan ialah melalui pengalaman. Catan mural di sekolah menyediakan pengalaman visual kepada pelajar-pelajarnya. Sejauh mana catan mural di sekolah membantu kurikulum Pendidikan Seni Visual akan dapat ditentukan sekiranya satu kajian ilmiah berkaitan dijalankan. Kajian melibatkan 39 sampel murid, seorang guru Pendidikan Seni Visual dan seorang pentadbir. Penyelidik menemu bual 5 sampel murid terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima. Proses temu bual dilakukan di lokasi mural untuk melihat reaksi serta kemampuan interaksi pelajar dengan karya seni. Eksperimentasi pengajaran dan pembelajran dilakukan besama 34 pelajar dari satu kelas tingkatan enam. Apresiasi seni membantu pelajar mengembangkan lagi pengetahuan Seni Visual dengan kemahiran mendiskripsi, menganalisis, menginterpretasi dan membuat penilaian terhadap karya seni. Seni mural merupakan objek yang dikaji dan apresiasinya merupakan subjek yang dibincangkan dalam penyelidikan ini secara mendalam. Keseluruhan kajian menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai sesuatu perkara. Dapatan kajian seterusnya akan di analisis lalu dibentangkan satu rumusan dan cadangan-cadangan berdasarkan kajian ini.

Download File / URL

[thumbnail of Apresiasi seni catan mural- satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan badak, bachok, kelantan.pdf] Text
Apresiasi seni catan mural- satu kajian kes di sekolah menengah kebangsaan badak, bachok, kelantan.pdf

Download (219kB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Kelantan
Date: 2010
Programme: Fine Art- Visual art for photography
Institution: Universiti Pendidikan Sultan Idris
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10994
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2