Digital Special Collection Portal

Misa Melayu:Hikayat Salasilah Perak.


Citation

Raja Chulan Raja Hamid (1770) Misa Melayu:Hikayat Salasilah Perak. [Malay Manuscript]

Abstract

Kata 'Misa' diambil daripada judul cerita-cerita panji seperti Misa Perabu Jaya di kepulauan Jawa. Namun, daerah Kampung Gajah tidaklah ramai orang Jawa?”

“Tema karya ini tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaan teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan tidak memuatkan unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah :
Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain . ( Alexander The Great yang memerintah Macedonia di Iraq) . Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan ( Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.
Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah mendapat kebanaran Sultan Muzaffar Syah. Andaya menyatakan pada 22 oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban , berhampiran dengan muara Sungai Kinta - Sungai Perak, dekat dengan Pulau Indera Sakti.
Raja Chulan terlibat dalam rundngan peminangan Raja Muda akan Raja Budak Rasul
Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri Perak.
Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak.
Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar
Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul.
Kisah Sultan Muhammad ( waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua).
Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dkahwinkan dengan Raja Muda.
Kisah Sultan Muhammad Syah ) 1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

Download File / URL

[thumbnail of Misa Melayu.pdf] Text
Misa Melayu.pdf

Download (258kB)

Additional Metadata

Item Type: Malay Manuscript
Collection Type: Malay Manuscript
Date: 1770
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10989
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2