Digital Special Collection Portal

Pisau Belati.


Citation

Ismail Zainuddin Pisau Belati. [Image]

Abstract

Pisau belati dan Urang Banjar sangat berkait rapat. Ianya pisau peribadi serbaguna.
Dikatakan setiap lelaki dan wanita di Banjarmasin mempunyai pisau belati sendiri.
Kegunaan pisau belati adalah sentiasa
(1) untuk kerja dapur atau kenduri kendara
(2) senjata mempertahankan diri
(3) Sembelihan binatang qurban dan melapah
Di kampung-kampung yang mengamalkan kenduri secara bergotong-royong, tradisi setiap urang Banjar akan membawa pisau belati masing-masing dalam menjayakan kenduri tersebut.
Secara tradisi belati berhulukan kayu dan bersarungkan kulit, dan cara pemakaiannya diselitkan dipinggang.
Ia tidak sesuai diletak dalam poket seluar kerana hulunya yang sedikit berat, dikhuatiri ia keluar dan jatuh dari poket, terutama apabila duduk. Dilaporkan ada kes belati jatuh-hilang dari poket kerana berat hulu -selepas kerja kenduri kendara.
Hujung sarung kulit dibuat lebih sedikit supaya dapat bengkok-lentur untuk kelesaan apabila dipakai dipinggang, terutama apabila duduk. Hujung kulit lebih lembut apabila terkena kulit dibanding jika dibuat sarung kayu.
Panjang mata pisau belati biasa dari 3 inci hingga 12 inci. Belati mata 12 inci digunakan untuk sembelihan binatang korban. Panjang mata belati 5 inci paling banyak digunakan.
Motif tradisi pisau belati seperti seekor ikan : Hulu (ekor ikan), Bilah (tubuh ikan), Bahagian mata tajam (perut ikan).
Bahagian tajam mata pisau belati (perut ikan) adalah sedikit lurus-sama, dan ianya amat ergonomik untuk kerja memotong dan menghiris. Desain bentuk matanya sebegitu menang untuk kerja dapur dan kenduri kendara, berbanding mata pisau Jawi yang sedikit melengkung. Manakala hujungnya yang tirus tajam sesuai dengan kegunaannya no. 3(2) diatas.
Pisau belati banjar ~penggunaannya banyak berkisar sekitar hujungnya yang tirus.

Download File / URL

[thumbnail of Pisau Belati.jpg]
Preview
Image
Pisau Belati.jpg

Download (16kB) | Preview
[thumbnail of Pisau Belati2.jpg]
Preview
Image
Pisau Belati2.jpg

Download (16kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10967
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2