Digital Special Collection Portal

Istiadat Kemerdekaan 1980.


Citation

Muzium Diraja Istiadat Kemerdekaan 1980. [Image]

Abstract

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra ditabalkan menjadi Sultan dan Yang DiPertuan bagi negeri Kelantan yang Ke-28 dengan gelaran Sultan Ismail Petra pada 30 Mac 1979.
Istiadat Kemahkotaan mengikut Adat Istiadat DiRaja telah diadakan setahun kemudian iaitu pada 30 Mac 1980.
Istiadat Kemahkotaan baginda di Istana Balai Besar, Kota Bharu telah mengukir kesinambungan sejarah kebesaran Raja-Raja Kelantan Darul Naim sejak turun temurun.
Istiadat penobatan DiRaja Kelantan bermula dengan sempurna, penuh ada tertib.
Upacara bermula apabila alat pertabalan yang terdiri dari sebuah Mahkota, dibawa masuk oleh Tengku Laksamana, Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim manakala gendik dibawa oleh ayahanda saudara Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan.
Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah dan sebilah Keris Kebesaran negeri dibawa oleh Tengku Temenggong, Tengku Zainal Mulok Ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja, Tengku Ahmad b. Tengku Ab. Ghafar tampil kehadapan untuk menyempurnakan Istiadat memakai Mahkota ke hulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan seterusnya memakaikan Gendik ke hulu DYMM Raja Perempuan Kelantan.
Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Mempersembahkan Keris Kebesaran Kerajaan Kelantan Darul Naim kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra diiringi dengan laungan "DAULAT TUANKU" sebanyak 3 kali berturut-turut.
Tingkahan Kumpulan gendang DiRaja, memainkan lagu Raja Bertabal.
Disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Istiadat menjunjung Duli di sempurnakan dan diikuti dengan bacaan doa selamat.
Istiadat Kemahkotaan berakhir dengan lagu Raja Selamat Sultan yang menandakan mustaidnya Adat Istiadat Kebesaran Raja-Raja Melayu.

His Royal Highness Tengku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra was installed as the 28th Sultan and Yang Dipertuan for the state of Kelantan and is know as Sultan Ismail Petra on 30th March 1979.
The Royal Traditional COronation Ceremony was held a held a year later on 30th March 1980.
The Coronation Ceremony of His Royal Highness at the Istana Balai Besar, Kota Bharu has shown the continuity of historical legend of the Kelantan Sultanate since generations.
The Royal Coronation Ceremony started perfectly, fully mannered and in orderliness.
The ceremony started with the crowning costume consisting of a Crown, was brought in by Her Royal Highness Raja Perempuan's uncle, Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh B. Tengku Mohd Hamzah and a kris was brought in by Tengku Temenggong, Tengku Zainal Mulok Ibni AL Marhum Sultan Ibrahim.
Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja, Tengku Ahmad bin Tengku Ab. Ghafar step forward to perform the ceremony His Royal Highness Sultan and putting on the "Gendik" on Her Royal Hihgness Raja Perempuan Kelantan.
Yang Berhormat Mulia Panglima Raja Presented the Keris Kebesaran Kerajaan Kelantan Darul Naim (The Grandeur Kris of the government of Kelantan Darul Naim) to His Royal Highness Sultan Ismail Petra followed by a call out of "DAULAT TUANKU" 3 times then followed by 21 gun salutes.
"Menjunjung Duli" ceremony was fully held followed by "doa" recital.
The coronation ceremony ended after the state anthem "Selamat Sultan" was played.

Download File / URL

[thumbnail of Istiadat Kemerdekaan 1980.jpg]
Preview
Image
Istiadat Kemerdekaan 1980.jpg

Download (75kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10934
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2