Digital Special Collection Portal

Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra).


Citation

Muzium Diraja Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra). [Image]

Abstract

DYMM Tengku Zainab diputerikan pada hari Rabu 7 Ogos 1917.
Sejak kecil, telah diberi didikan dan asuhan oleh ayahanda dan bonda disamping didikan agama oleg guru-guru dari ali ulama yang masyhur dan terkenal di Negeri Kelantan.
Telah melangsungkan perkahwinan dengan KDYMM Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 4 Jun 1939.
Dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata, seorang putera, dan enam puteri, tapi dua dari puteri baginda itu mangkat sejak masih kecil lagi.
Dilantik sebagai Raja Perempuan Kelantan pada 19 Julai 1960 iaitu serentak dengan pertabalan KDYMM Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 19 Jun 1975 apabila KDYMM Sultan Yahya Petra ditabal sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Ke-6.
Adalah seorang yang pemurah dan mempunyai rasa kasihan belas terhadap hamba rakyat sekalian.
Aktif dalam kerja amal dan badan-badan sukarela.
Pernah berkenan memegang jawatan Pengelola Negeri Tabung Rayuan Derma Bunga Merah, Yang DiPertua Persekutuan Pandu Puteri Negeri Kelantan dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan lagi.
Kegemaran baginda ialah mengumpul barang-barang perhiasan, termasuk barang-barang antik dan menanam bunga.
Mangkat pada 10 Januari 1993 di Istana Negeri pada usia 75 tahun.
Telah dimakamkan disisi makam KDYMM Sultan Yahya Petra di Makam DiRaja Langgar, Kota Bharu.

Download File / URL

[thumbnail of Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II.jpg]
Preview
Image
Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II.jpg

Download (40kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10931
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2