Digital Special Collection Portal

Watak utama wayang Kelantan Laksamana.


Citation

Muhammad Dain Bin Othman (Tok Dalang Pak Daim) (2011) Watak utama wayang Kelantan Laksamana. [Image]

Abstract

Laksamana merupakan adik kepada Seri Rama yang di kategorikan sebagai watak halus dan baik. Tidak banyak perbezaan antara beliau dan abangnya. Beliau mempunyai banyak pengaruh ke atas Seri Rama kerana kecerdasan yang luas. Laksamana adalah seorang yang gagah berani,bertanggungjawab,setia kepada kekandanya Seri Rama. Laksamana juga seorang yang tidak mudah terpedaya. Perwatakan Laksamana adalah dia kelihatan bijak dan seorang yang sangat baik. Laksamana berpakaian yang seakan menyerupai Seri Rama iaitu warna merah dan membawa pedang serta berdiri di atas badan naga.

Seri Rama dan Laksamana dipelihara dengan penuh kasih sayang dan diberikan ilmu keduniaan dan kebatinan yang begitu sempurna oleh Sultan Sirat Mahrajadengan memanggil para Brahman dan Kesasteria ke istana bagi mengajar Seri Rama dan Laksamana. Pada zaman remajanya Seri Rama dan Laksamana dihantar keluar berguru dan bertapa dengan beberapa Ajar dan Resi.

Kebijaksanaan Laksaman terselah apabila beliau membantu abangnya Seri Rama dalam memanah tujuh batang Pokok Tar. Pokok Tar yang kelihatan tersusun lurus itu boleh terlepas dari mata panah oleh rakan-rakan yang lain yang turut serta dalam pertandingan memanah itu. Laksamana pun kembali menjelma dan memberitahu Seri Rama rahsia sebenarnya pokok Tar itu kerana beliau bimbang akan kekandanya bersedih, pokok Tar tersebut ditanam diatas belakang seekor naga, setiap kali busur panah ditarik dan dilepaskan maka naga tersebut akan menggeliatkan badannya sedikit, oleh itu sudah pasti ada anak panah yang akan tersasar.Hanya ada satu cara kata Laksamana, ketika tiba giliran Seri Rama memanah Pokok Tar itu dari arah kepala naga, Laksamana pula akan memijak ekor naga dan memastikan naga itu diam.Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Laksamana ini, ketika giliran Seri Rama memanah, maka tembuslah ketujuh tujuh pokok Tar tersebut.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: July 2011
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10904
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2