Digital Special Collection Portal

Jenis-jenis Wau.


Citation

Mazlan Bin Mahmood Abdullah and Zakaria Ghazali (2006) Jenis-jenis Wau. [Image]

Abstract

Di Kelantan, wau yang paling popular sekali ialah Wau Bulan, diikuti Wau Ikan, Wau Kucing, Wau Barat, Wau Burung, Wau Jalabudi, Wau Puyuh, Wau Lenggang Kebayat, Wau Merak, Wau Kikik, Wau Tukun, Wau Jabo dan Wau Berlian. Wau ini mendapat nama berdasarkan kepada beberapa faktor seperti berdasarkan kepada bentuk, nama tempat dan nama binatang. Berikut nama berdasarkan bentuk.

1.Wau Bulan.
Wau ini diberi seperti itu kerana ekornya berupa bulan sabit. Di antara bahagian bawah sayap atau bahagian bawah badannya dengan bahagian atas bentuk ekor, biasanya akan terdapat satu bentuk bulan penuh ataupun bulan sabit. Dipercayai bahawa asal-usul Wau Bulan sebenarnya bulat seperti bulan, tetapi diubah kerana hendak diletakkan busur-busur supaya berbunyi. Wau Bulan mengikut erti yang sebenar mesti mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu panjang tulang belakang mestilah terbahagi kepada tiga bahagian. Letak punggungnya mestilah sama jaraknya di antara buka sayap dan panjang kepala.

2. Wau Tukun
Namanya kerana bentuknya empat, persegi seperti daimond, dan ia tidak mempunyai ekor.

Nama-nama wau yang diberikan berdasarkan kepada nama seperti;

1.Wau Burong
Nama berdasarkan kepala dan sayapnya yang berupa burong. Kadang-kadang tubuh dibuat bulat seperti burung dan bentuk badannya menyerupai burung yang sedang terbang.

2.Wau Ular
Nama berdasarkan bentuk kepala ular yang dibuat bingkai, ekornya kertas atau kain berupa tubuh ular yang tidak dilekatkan ppada bingkai.

3. Wau Kucing
Sempena busurnya yang berbunyi nyaring seperti kucing mengiau. Ekornya adalah segi tiga dan diletakkan rambu-rambu.

4. Wau Merak
Kepalanya berupa burung merak, tubuh burung yang berwarna-warni macam Merak.

Nama wau berdasarkan nama tempat atau daerah;

1. Wau Barat
Nama mengikut nama tempat atau daerah mula-mula ia berasal. Wau Barat kerana tempat yang mula-mula lahir permainan wau jenis ini alah di Barat atau sekarang dikenali sebagai Selatan Siam. Kadang-kadang di panggil wau daun kerana kelihatan seperti keadaan daun dipokok ketika ditiup angin.

Download File / URL

[thumbnail of Jenis-jenis Wau.jpg]
Preview
Image
Jenis-jenis Wau.jpg

Download (143kB) | Preview
[thumbnail of Jenis-jenis Wau2.jpg]
Preview
Image
Jenis-jenis Wau2.jpg

Download (19kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 2006
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10897
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2