Digital Special Collection Portal

Peraturan Permainan Congkak.


Citation

Urusetia Maksak Malaysia Peraturan Permainan Congkak. [Image]

Abstract

PERATURAN PERMAINAN:

2.1 Dua (2) orang peserta berhadapan

2.1.1 Dua (2) orang peserta berhadapan.

2.1.2 Permainan dilaksanakan dalam tiga (3) papan.
Kedua-dua peserta jalan/menapak serampak
untuk papan pertama, papan kedua dan jika
seri papan ketiga. Pemenang adalh pemain yang
memenangi dua (2) papan terdahulu. Rumah
terbakar dimansuhkan

2.1.3 Setelah diberi aba-aba:

2.1.3.1 Mula permainan dengan mengambil
semua cakak dari mana-mana rumah
anak di kampung sendiri; kemudian

2.1.3.2 Menapak dari kanan ke kiri; lalu

2.1.3.3 Masukkan cakak satu demi satu butir,
kedalam tiap rumah; dengan

2.1.3.4 Mengelilingi kampung rumah papan
congkak; dalam

2.1.3.5 Keadaan tangan genggam terngadah; ikut

2.1.3.6 Giliran jalan/menapak

2.1.4 Boleh memintas, Langkau atau layar adalah
ditegah. Apabila tiap tiba di rumah ibu sendiri
hendaklah dimasukkan juga satu (1) butir cakak;
tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang
masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi
kepunyaan lawan.

2.1.5 Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah
dilepaskan genggaman dulu, sebelum mengambil
cakak kembali menapak.

2.1.6 Peserta mati giliran jalan/menapak ialah jika
cakak akhir masuk kemana-mana rumah kosong.
Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.

2.1.7 Jika naik rumah maka peserta hidup, boleh
meneruskan jalan semula.

2.1.8 Hanya boleh tikam setelah melalui kampung
lawan. Tikam layar adalah ditegah.

2.1.9 Setiap sentuhan cakak mesti dimulakan jalan.
Undan diberikan hanya lima (5) saat.

2.1.10 Tiada rumah terbakar di dalam pertandingan

2.2 Penentuan Kemenangan

2.2.1 Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan
cakak di rumah anak) tiap papan.

2.2.2 Menang dua (2) papan

2.2.3 Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan
serupa, atau dibuang gelanggang.

Download File / URL

[thumbnail of Peraturan Permainan Congkak.jpg]
Preview
Image
Peraturan Permainan Congkak.jpg

Download (113kB) | Preview
[thumbnail of Peraturan Permainan Congkak2.jpg]
Preview
Image
Peraturan Permainan Congkak2.jpg

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10880
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2