Digital Special Collection Portal

Tokoh Makyung.


Citation

Hanapi Dollah and Fazlina Yaacob (2007) Tokoh Makyung. [Image]

Abstract

Puan Khatijah Binti Anting ataupun lebih dikenali dengan panggilan ‘Kah Jah’ atau ‘Kak Jah Abang YA’ merupakan Primadona Mak Yung ini dilahirkan pada 13 Ogos 1941 di Kampung Lubuk Kawah, Pasir Mas Kelantan. Anak keturunan Siam- Melayu ini dilahirkan dalam keluarga seni yang aktif menjalankan kegiatan kesenian makyung yang begitu terkenal daripada kumpulan Seri Temenggung. Keunggulannya tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Kebolehan dan kegigihan beliau dalam menghayati seni persembahan ini amat dikagumi. Beliau bukan sahaja boleh menarikan tarian makyung dengan baik, menyanyikan lagu-lagu makyung dengan merdunya bahkan boleh menguasai urutan cerita makyung dengan baik dan berkesan. Tanggal 13 September 2000, kita telah ditinggalkan olehnya, anak-anak bangsa yang masih haus dan dahagakan seni warisan ini. Perginya beliau adalah sebagai seorang pejuang, penegak dan pengembang seni makyung yang unggul.

Download File / URL

[thumbnail of Tokoh Makyung.png]
Preview
Image
Tokoh Makyung.png

Download (332kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 2007
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10878
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2