SNI : Tentang cerita Raja Tangkai Hati mengisahkan apa? R : Raja Tangkai Hati mengisahkan dia ini dipukau oleh Tuan Puteri Bota dia ini sebelum dia pergi belayar dia sudah berhenti satu tempat macam pulau lah dia apabila sampai pulau itu apa Bota. Bota tu macam wanita lah jin jenis watak jin dia menjelma menjadi_ SNI : Bota tu nama ke? R : Ya [tanda setuju] nama, Tuan Puteri Bota dia bertukar menjadi wanita cantik dia goda anak raja Tangkai Hati (bunyi mikrofon jatuh) nama dia lah, apabila dia goda sampai Raja Tangkai Hati itu berjanji nanti dia pergi belayar balik belayar dia akan singgah ambil dan berkawin dengan tuan puteri tetapi apabila sampai ke negeri lain Raja Tangkai Hati tu nikah dengan orang lain anak orang lain dapat dua [2] orang anak pahtu [selepas itu] masa dia nak balik ke negeri dia semula lalu [jalan] balik kot [ikut] pulau itu wat [buat] Tuan Puteri Bota marah lah pasal tidak berhenti dia pun buat satu [2] sihir kapal yang Raja itu lalu berhenti tidak boleh bergerak dia pun tukar diri dia menjadi bunga, goda anak dia dua [2] orang ini masa tengah mandi nak [hendak] suruh [menyuruh] ambil capai bunga pasal [sebab] dia nak wat [bawa] lari ibu dia ini. SNI : Dia ada unsur sihir la dalam cerita ini? R : Dia ada unsur sihir jugak [juga]. SNI : Ada nama lain tidak selain Tangkai Hati nama raja ini sendiri? R : Tak ada [tiada].