Digital Special Collection Portal

Halim Yazid.


Citation

Amalini Production Halim Yazid. [Image]

Abstract

NAMA : Abdul Halim bin Yazid
UMUR : 48 Tahun
KELULUSAN : Ijazah Sarjana Muda Satera UM
KELUARGA : Telah mendirikan rumha tangga dengan seorang wanita yang bernama Noor Mahani Ahmad yang berumur 40 tahun. Mereka dikurniakan enam orang cahay mata.

Mungkin di mata segelintir peminat industri hiburan tanah air, anak seni dari Pasir Puteh, Kelantan ini bukanlah nama besar. Lagipun dikir barat, hanyalah digilai oleh orang Pantai Timur khususnya Kelantan sahaja. Bahkan si pemilik nama Halim Yazid ini sendiri bukan 'orang besar', kerangka tubuhnya kecil, kurus dan tidak menggerunkan sesiapa yang melihat.

Apa yang lebih membanggakan, daripada seni yang dianggap hiburan kampung, Halim, 48, bersama kudrat dan minat mendalam berupaya mengangkat hiburan rakyat Kelantan itu menjadi popular merentasi daerah sendiri. Bahkan jualan albumnya sendiri ada yang mencatat ratusan ribu unit dan mengalahkan jualan album penyanyi terkenal tanah air.

Tertarik dengan pencapaian yang diraih Halim ini, terutama lagu Tupai yang menjadi lagu tema filem Budak Kelantan yang sedang berlegar di pawagam tempatan, keluarganya didekati untuk mengorek perjalanan yang telah ditempuhi selama lebih 20 tahun membina keluarga bersama wanita bernama Noor Mahani Ahmad ini.

Sepanjang berkecimpung dalam seni dikir barat ini, Halim Yazid sudah tampil dengan enam album solo. Album solo yang pertama beliau pada tahun 1998 yang bertajuk Angin. Album yang kedua dikeluarkan pada tahun 2001 yang bertajuk Inovasi dan album yang seterusnya dikeluarkan pada tahun 2003 yang bertajuk Infiniti. Album yang keempat dan kelima pula yang bertajuk Sarana dan Personaliti dikluarkan pada tahun 2004. Dan album yang terakhir pada tahun 2008 yang bertajuk Destiny.

Download File / URL

[thumbnail of Halim Yazid.jpg]
Preview
Image
Halim Yazid.jpg

Download (46kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10822
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2