Digital Special Collection Portal

Daud Bukit Abal (Mat Daud bin Che Mat).


Citation

Tok Joro Dikir (2018) Daud Bukit Abal (Mat Daud bin Che Mat). [Image]

Abstract

Nama : Mat Daud bin Che Mat
Tarikh Lahir : 23 Disember 1940
Nama Gelaran : Daud Bukit Abal
Asal : Kampung Banggol Jenereh,16800 Pasir Puteh Kelantan
Umur : 71 tahun (semasa meninggal dunia pada 17 Sep 2011)
Bilangan Adik Beradik : Anak ke 2 dari 3 beradik
Isteri : Zarinah bt Noor
Bilangan Anak : 9 Orang (7 lelaki, 2 perempuan)
Abd Aziz, Adnan, Aryadi(dgn isteri pertama sblm berkahwin dengan Zanirah bt Noor)
Arman, Arjuna, Amran, Anira, Aspalila, Ahmad(hasil daripada perkahwinan ke-2 dgn Zarinah bt Noor.

PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan di Sekolah Pondok Bukit Abal.
Di antara guru agama beliau ialah :
Tok Guru Hj Daud Bukit Abal
Tok Guru Hj Abd Mutalib Bukit Abal
Tok Guru Hj Mat - Selinsing
Tok Guru Hj Zakaria - Selinsing

SEJARAH PENGLIBATAN DALAM SENI DIKIR BARAT
Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni dikir barat pada tahun 1960 di usia 20 tahun. Beliau mula mencipta nama dan dikenali ramai di negeri Kelantan sebagai seorang Tok Joro pada tahun 1962.

Beliau berkecimpung dalam arena Dikir lebih daripada 50 tahun.
Beliau begitu tersohor sekitar tahun 60an-90an.
Beliau merupakan pendikir sebagai tok joro yang seangkatan dengan gemuloh Jusoh Kelong, Gemuloh Arifin Ana dan Gemuloh Salleh Jambu.

GELARAN " BUKIT ABAL"
Bukit Abal adalah nama sebuah kampung di dalam daerah Pasir Puteh. Terdapat satu kumpulan dikir di kampung tersebut yang begitu aktif pada ketika itu sekitar tahun 1960. Mat Daud yang begitu berminat dengan seni dikir telah menyertai kumpulan tersebut. Bermula sebagai awok2 dan kemudianya diangkat menjadi Tok Joro. Kumpulan Dikir Barat Bukit Abal mula menjadi bualan ramai dan tersohor dengan adanya seorang Tok Joro yang berkebolehan. Bermula dari situlah beliau mula mengukir nama dalam dunia seni dikir barat sebagai Tok Joro. Sebab itu lah beliau diberi gelaran Daud Bukit Abal dan nama gelaran itu lekat sehingga ke hari ini.

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH
Daud Bukit Abal telah dua kali Johan pertandingan dikir barat di peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1973 pertama kali pertandingan Dendang Rakyat peringkat kebangsaan diadakan, beliau bersama Allahyarham Awang Ikan Duyung telah menyertai pertandingan tersebut dan telah mendapat Naib Johan. Dua tahun berturut-turut mendapat Naib Johan 1973,1974 dan pada tahun 1975 barulah beliau mendapat Johan dalam pertandingan akhir melawan kumpulan dikir Allahyarham Salleh Jambu bersama Tukang Karutnya Allahyarham Seman Wau Bulan di dewan Sri Penang, Pulau Pinang bersama kumpulan dikirnya Sri Merkang, Merkang, Pasir Puteh.

Pernah mendapat anugerah Tokoh Seni Negeri Kelantan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Istana Negeri Kelantan dan beberapa kelab Dikir Barat di Negeri Kelantan.

Telah mengeluarkan banyak album solo. Antara lagu-lagu yang telah mengangkat nama beliau ialah Anida, Gembira, Rumi dan Juli, Azura, Di Mana kan Ku Cari Ganti(bini mati), Demo Jando Kawe Tak Dok Bini dan banyak lagi.

Beliau mempunyai anak murid di seluruh tanah air termasuk di Pattani Thai dan Singapura.
Di antara anak-anak murid beliau ialah Malik Jelapang, Nordin Adik Manja, Rasyid Anak Ular, Zaidi Internet, Halim Yazid, Pok Ku Kamal, Badul, Gemuloh Jemi Bukit Marok, Gemuloh Ismail Gunung Ganang dan ramai lagi.

Beliau juga seorang pendikir yang serba boleh. Beliau bukan setakat boleh menyanyikan lagu-lagu sebagai Tok Joro malah beliau juga boleh mengarut(Tukang Karut), mencipta lagu dan pantun. Beliau sangat mementingkan ketepatan pantun dalam setiap lagu-lagu beliau.

Download File / URL

[thumbnail of Daud Bukit Abal (Mat Daud bin Che Mat).jpg]
Preview
Image
Daud Bukit Abal (Mat Daud bin Che Mat).jpg

Download (65kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 6 March 2018
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10821
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2