Digital Special Collection Portal

Pakaian Dikir Barat.


Citation

Nafisah (2018) Pakaian Dikir Barat. [Image]

Abstract

Dalam persembahan dikir barat dahulu, sebenarnya tidak mempunyai pakaian tertentu atau menarik untuk dipakai oleh Juara, Tukang Karut mahupun Awok-Awok.Tetapi pada masa sekarang ini pakaian menjadi salah satu faktor penonton suka untuk menonton persembahan dikir barat.

Kini biasanya Tukang Karut dan Juara akan memakai pakaian songket seperti pengantin lelaki yang mahu menaiki pelamin. Kos untuk membuat pakaian semasa berdikir agak mahal kerana biasanya menggunakan songket asli.

Bagi kumpulan dikir barat yang mahu menyertai pertandingan, pakaian yang cantik serta memukau menjadi pilihan, kerana markah turut diberikan untuk kesesuaian berpakaian. Biasanya pakaian tradisional akan menarik perhatian juri memberi markah yang baik.

Pakaian Awok- Awok mesti seragam dan menarik. Walau tidak menggunakan bahan dari kain songket, tapi fesyen berpakaian Awok- Awok biasanya menyamai pahlawan- pahlawan dahulu.

Download File / URL

[thumbnail of Baju Dikir Barat.jpg]
Preview
Image
Baju Dikir Barat.jpg

Download (17kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 6 March 2018
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10819
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2