Digital Special Collection Portal

Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim.


Citation

Ab Rahman sl-Qari Bin Abdullah and Shukeri Mohamad and Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff (2012) Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012. pp. 71-84.

Abstract

Pengajian tahfiz al-Quran di Kelantan adalah yang terawal di antara negeri-negeri di Malaysia iaitu pada tahun 1937. Pengajian qiraat di Kelantan pula dikira terawal iaitu bermula pada awal tahun 1950-an. Hasil kajian menunjukkan bahawa Haji Muhammad Nor bin Ibrahim merupakan tokoh sarjana Islam yang telah menabur bakti kepada negara Malaysia amnya dengan menjadi guru perintis di Kelas Pengajian Menghafaz AlQuran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1966. Kelas tahfiz al-Quran ini adalah kelas yang terawal di Malaysia. Hasil penubuhan kelas inilah lahirnya Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah institusi pengajian tinggi kerajaan yang menawarkan kursus diploma tahfiz al-Quran dan qiraat di Malaysia. Beliau juga telah berjasa kepada negeri kelahirannya Kelantan dengan mengadakan kelas tahfiz al-Quran secara informal di rumahnya bermula pada 1937 dan secara formalnya di Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada tahun 1980. Beliau telah menghasilkan sebuah karya di dalam bidang qiraat iaitu ‘Suluhan Dar al-Na’im Bagi Penuntut Bacaan Nafi’ bin Abi Nu’aym’. Dalam perkembangan semasa di Kelantan didapati pengajian Tahfiz dan Qiraat telah mendapat perhatian yang sangat istimewa daripada pihak kerajaan sejak tahun 1990 dengan penubuhan Maahad Tahfiz wa alQira’at yang pertama di Pulai Condong. Pengajian ini telah dikembangkan selepas itu dengan menambah beberapa buah lagi pusat pengajian tahfiz yang berorentasikan pengajian sains di Berangan Tumpat, Bukit Panau Tanah Merah, Kg. Nipah Bachok, Beris Kubor Besar Bachok. Pada masa yang sama pusat-pusat pengajian tahfiz wa alQira’at ini telah juga dibangunkan oleh individu-individu bagi menampung keperluan pengajian tahfiz di kalangan anak-anak Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Perkembangan ini juga sudah tentu mempunyai hubungan rapat dengan sumbangan yang diberikan oleh . Haji Muhammad Nor bin Ibrahim seperti yang dinyatakan di atas. Dalam konteks inilah kertas ini akan membicarakan beberapa sumbangan yang telah diberikan oleh mantan Mufti Kerajaan Kelantan Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim dalam membangunkan program pengajian tahfiz dan Qiraat ini melalui beberapa pendekatannya yang tersendiri sebagaimana yang dapat dikesan melalui beberapa sumber maklumat terutamnya daripada murid beliau dan ahli keluarga beliau sendiri. Semoga kertas ini dapat menonjolkan sumbangan beliau yang besar seterusnya meneliti sejauhmana hubungannya dengan perkembangan pengajian tahfiz yang sedang berjalan dalam sistem pendidikan umat Islam khususnya di negeri Kelantan.

Download File / URL

[thumbnail of Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan_ Satu Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim.pdf] Text
Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan_ Satu Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim.pdf

Download (205kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Kelantan
Date: 2012
Journal or Publication Title: Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10794
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2