Digital Special Collection Portal

Kajian penerokaan tanah dan perubahan kualiti air di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia.


Citation

Wan Adi Yusoff1 and Mokhtar Jaafar1 and Mohd Khairul Amri Kamarudin2,3 and Mohd Ekhwan Toriman1,2 (2015) Kajian penerokaan tanah dan perubahan kualiti air di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 19 (5). pp. 951-959. ISSN 1394-2506

Abstract

Aktiviti penerokaan tanah di kawasan Tanah Tinggi tanpa mitigasi dapat memberi impak besar terhadap kesihatan persekitaran di dalam lembangan tersebut. Tanah Tinggi Lojing Gua Musang merupakan antara kawasan yang dibangunkan bagi aktiviti pertanian komersil. Sungai Belatop merupakan antara sungai yang terjejas dan memberi kesan terhadap bekalan sumber air penduduk setempat. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perkaitan antara pembangunan tanah dengan perubahan kualiti air sungai di Lembangan Sungai Belatop. Kajian dijalankan berdasarkan analisis data daripada Jabatan Alam Sekitar bermula dari Februari hingga Oktober 2012 secara berkala. Dapatan menunjukkan, pembangunan tanah di kawasan Tanah Tinggi Lojing telah memberi kesan nagetif kepada kualiti air di kawasan kajian. Dimana, nilai sedimen terampai (SS) adalah tinggi dengan nilai 1161 mg/L, nilai Turbidity mencapai 991(NTU) dan terus meningkat pada musim hujan kesan aliran permukaan yang menghakis permukaan tanah tidak berkenopi. Kandungan Magnisium juga telah meningkat iaitu 0.66 mg/L kepada 1.38 mg/L. Kandungan magnisium yang tinggi terhasil daripada penggunaan baja dalam aktiviti pertanian di kawasan kajian. Kandungan baja kimia yang berlebihan menyebabkan kandungan nilai kalsium (Ca) di lapangan bernilai 3.18 mg/L. Kandungan ferum dalam air juga telah melepasi 0.3 mg/L iaitu Kelas IIA/B dan Kelas III berdasarkan IKA. Justeru itu, beberapa cadangan dikemukan bagi mengurangkan masalah

Download File / URL

[thumbnail of Kajian penerokaan tanah dan perubahan kualiti air di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia.pdf] Text
Kajian penerokaan tanah dan perubahan kualiti air di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia.pdf

Download (480kB)

Additional Metadata

Item Type: Indexed Article
Collection Type: Kelantan
Date: 19 July 2015
Journal or Publication Title: Malaysian Journal of Analytical Sciences
ISSN: 1394-2506
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10790
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2