Digital Special Collection Portal

Unsur magis sebagai proses katarsis melalui gaya bahasa pengarang dalam hikayat pilihan berdasarkan model GTRFK.


Citation

Afidatul Syazwani Afandi (2022) Unsur magis sebagai proses katarsis melalui gaya bahasa pengarang dalam hikayat pilihan berdasarkan model GTRFK. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abstract

Magis merupakan dogma utama yang mendasari hikayat-hikayat Melayu zaman transisi (Hindu-Islam). Magis ialah gambaran terhadap perkara-perkara luar biasa yang berada di luar kotak pemikiran manusia. Hal ini diterima dalam konteks kebudayaan Melayu tradisi terutama dalam cerita-cerita hikayat Melayu. Walaupun diterima dalam konteks tradisi, unsur magis lebih dianggap suatu perkara yang tidak nyata tanpa mengambil kira fungsi magis dalam memberikan kesan katarsis kepada khalayak. Kajian ini meneliti unsur magis melalui gaya bahasa pengarang berupaya meransang emosi-emosi tertentu dan memberikan kesan katarsis kepada khalayak. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenalpasti unsur magis melalui gaya bahasa pengarang dalam hikayat Melayu pilihan, menganalisis unsur magis berdasarkan gaya bahasa pengarang melalui model GTRFK dan merumuskan kepentingan magis kepada bidang kajian kesusasteraan Melayu tradisional. Kajian ini memusatkan penelitian kepada dua kaedah, iaitu kaedah analisis tekstual dan analisis teoritikal. Kaedah analisis tekstual melibatkan kajian berasaskan teks pilihan kajian, iaitu Hikayat Gul Bakawali (HGB), Hikayat Marakarmah (HM) dan Hikayat Indera Nata (HIN). Kaedah analisis teoritikal pula mengaplikasikan satu cadangan teori gabungan, iaitu model GTRFK yang menekankan gaya bahasa pengarang terhadap empat emosi utama yang dominan dalam teks kajian. Emosi yang terlibat, iaitu emosi kasih (EK), emosi sedih (ES), emosi hairan (EH) dan emosi wira (EW). Hasil kajian mendapati bagi menjawab objektif pertama kajian ini terdapat 53 unsur magis yang terdapat pada teks kajian. Seterusnya, 107 unsur magis dikesan melalui penggunaan cadangan model GTRFK yang mengaitkan gaya bahasa pengarang dalam memberikan kesan kelegaan jiwa. Kepentingan unsur magis juga dilihat berdasarkan perspektif psikoterapi masyarakat Melayu yang tinggi nilai imaginatif dan magis sebagai simbol identiti budaya Melayu tradisi. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa gaya bahasa mempunyai peranan penting sebagai pelerai kepada emosi serta memberikan kesan katarsis. Sebagai rumusan, gaya bahasa pengarang dalam mengungkapkan unsur magis dalam hikayat Melayu berupaya menimbulkan kesan katarsis kepada khalayak.

Download File / URL

[thumbnail of AFIDATUL SYAZWANI BINTI AFANDI.pdf] Text
AFIDATUL SYAZWANI BINTI AFANDI.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2022
Subject Heading: Malay language - Usage
Subject Heading: Magic
Subject Heading: Cathartics
Number of Pages: 372
Call Number: LB3454 .A35 2022 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Norazimah Zakaria dan Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10782
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2