Digital Special Collection Portal

Produktiviti dan kecekapan kebolehpasaran graduan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan.


Citation

Mohd Norazam Nurdin (2021) Produktiviti dan kecekapan kebolehpasaran graduan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Kebolehpasaran graduan dan pengangguran dalam kalangan graduan telah lama menjadi antara isu utama di kebanyakan negara-negara membangun. Malah terdapat sesetengah negara yang menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) mereka. Setiap tahun, IPT melahirkan ribuan graduan yang akan bersaing dalam pasaran kerja. Pencapaian akademik dan kemahiran yang dimiliki akan menentukan kebolehpasaran graduan dalam industri. Kadar pengganguran yang tinggi dalam kalangan graduan berlaku disebabkan kurangnya kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. Kebolehpasaran graduan bukan sahaja berpandu kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi produktiviti dan kecekapan IPT dalam memberi pendedahan kepada aspek keusahawanan dilihat sebagai satu alternatif dengan menyediakan peluang bagi graduan menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian. Justeru, kajian ini bertujuan menilai produktiviti dan kecekapan IPT dalam mempertingkatkan kebolehpasaran graduan keusahawanan melalui penggunaan input dan output seoptimum mungkin melalui penggunaan kaedah Analisis Penyampulan Data (APD) dan analisis produktiviti.

Download File / URL

[thumbnail of MOHD NORAZAM NURDIN.pdf] Text
MOHD NORAZAM NURDIN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2021
Subject Heading: Graduate students - Employment
Subject Heading: Entrepreneurship
Subject Heading: Universities and colleges - Graduate work
Number of Pages: 76
Call Number: LB2371 .M64 2021 tes
Supervisor: Dr. Wan Rosmanira Ismail
Programme: Master of Science
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10775
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2