Digital Special Collection Portal

Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.


Citation

Nor Hafiza Othman (2021) Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan sering dikaitkan dengan emosi mereka terutamanya pada peringkat awalan perniagaan. Hal ini kerana aktiviti keusahawanan dianggap sebagai perjalanan yang berliku dengan ketidakpastian dan mencabar sepanjang proses keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji kesan pengantara emosi keusahawanan iaitu emosi positif dan emosi negatif terhadap hubungan antara pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan berbentuk tinjauan secara tadbir sendiri ke atas 458 pelajar tahun akhir di peringkat pengajian ijazah pertama di universiti awam. Data yang diperoleh menerusi borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Versi 22 dan AMOS SPSS Versi 23. Dua jenis statistik telah digunakan untuk menganalisis data-data yang dikumpulkan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan, emosi negatif keusahawanan dan tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan adalah pada tahap sederhana. Manakala, emosi positif keusahawanan adalah pada tahap tinggi. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa pendidikan keusahawanan memberi kesan ke atas emosi keusahawanan pelajar serta tingkah laku mereka dalam proses permulaan perniagaan. Emosi positif dan emosi negatif keusahawanan juga mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya kesan emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara separa antara hubungan pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan dalam kalangan pelajar. Kaedah bootstrapping juga memaparkan hasil yang sama dan mengesahkan adanya emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan emosi positif dan emosi negatif keusahawanan dapat menggambarkan penilaian pelajar sama ada mereka boleh mengharungi ataupun tidak sesebuah perniagaan. Implikasi daripada kajian ini, pengujian emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara telah menyumbang kepada pengetahuan baharu dalam konteks pendidikan keusahawanan. Dengan itu, tindak balas emosi atau rangsangan yang diterima dapat menjadi pendorong kepada pelajar untuk memulakan perniagaan ataupun sebaliknya. Justeru, pembelajaran keusahawanan adalah penting untuk meningkatkan kualiti modal insan dalam persekitaran yang semakin mencabar serta meningkatkan potensi mereka untuk menjadi pencipta kerja.

Download File / URL

[thumbnail of NOR HAFIZA BINTI OTHMAN.pdf] Text
NOR HAFIZA BINTI OTHMAN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2021
Subject Heading: Entrepreneurship
Subject Heading: Behavioral assessment
Subject Heading: Emotions - Social aspects
Subject Heading: Business education
Number of Pages: 323
Call Number: HB615 .N67 2021 tes
Supervisor: Prof. Dr. Norasmah Othman and Dr. Noor Hasni Juhdi.
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2