Digital Special Collection Portal

Integrasi pemetaan geologi kejuruteraan dan survei tomografi keberintangan geoelektrik untuk pembangunan Sistem Penilaian Jasad Batuan Terlindung shotcrete di Kg. Lawar, Jeli, Kelantan.


Citation

Hamzah Hussin (2020) Integrasi pemetaan geologi kejuruteraan dan survei tomografi keberintangan geoelektrik untuk pembangunan Sistem Penilaian Jasad Batuan Terlindung shotcrete di Kg. Lawar, Jeli, Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

Pelbagai jenis sistem pengelasan telah dibangunkan untuk menilai kualiti jasad batuan dalam projek kejuruteraan, antaranya ialah Perkadaran Jasad Batuan (RMR), Sistem Q dan Perkadaran Kualiti Jasad Batuan (RMQR). Kesemua sistem pengelasan ini menilai kualiti iasad batuan melalui cerapan secara langsung ke atas jasad batuan. Bagaimanapun, sistem-sistem tersebut tidak boleh digunakan sekiranya jasad batuan dilindungi oleh lapisan shotcrete. Untuk mengatasi kekangan ini, suatu sistem pengelasan baharu perlu dibangunkan untuk membolehkan penilaian kualiti jasad batuan dibuat tapa perlu memusnahkan lapisan shotcrete. Sebuah terowong yang terletak di daerah Jeli, Kelantan dan berusia hampir 20 tahun telah dipilih sebagai bahan kajian. Objektif utama kajian ialah untuk menghasilkan satu sistem pengelasan khusus untuk menilai kualiti jasad batuan yang terlindung disebalik lapisan shotcrete. Sistem ini dinamakan sebagai sistem Penilaian Kualiti Jasad Batuan Terlindung (KJBT). Kajian ini melibatkan survei tomografi keberintangan geoelektrik dan pemetaan lapangan untuk mendapatkan tujuh parameter asas untuk tujuan pengelasan iaitu i) darjah keretakan jasad batuan, i) kandungan air dalam jasad batuan, ili) kadar resapan air, iv) bilangan set ketakselanjaran, v) tanda geodinamik atau geobahaya, vi) kekuatan bahan batuan dan vi) kecelaan struktur sokongan terowong. Setiap parameter diberikan nilai perkadaran masing-masing dan jumlah keseluruhan perkadaran ialah 100. Kualiti jasad batuan dikelaskan kepada lima iaitu Kelas I (80-100), Kelas II (60-80), Kelas III (40-60), Kelas IV (20-40) dan Kelas V (0-20). Sistem KJBT diaplikasikan dalam Terowong Utama sebagai langkah verifikasi, dan hasilnya dibandingkan dengan pengelasan Sistem Q yang dibuat oleh pengkaji terdahulu. Tiga kelas kualiti jasad batuan telah dikenalpasti iaitu Kelas IV (20%), Kelas III (40%) dan Kelas II (40%). Hasil perbandingan menunjukkan terdapat 62.5% persamaan dan 37.5% perbezaan kelas antara sistem KJBT dengan Sistem Q. Kawasan yang berbeza kelas menunjukkan kualiti jasad batuan yang dinilai menggunakan sistem KJBT adalah lebih rendah berbanding dengan data daripada Sistem Q. Perbezaan kelas ini berlaku di kawasan yang terdapat resapan air bawah tanah. Lapisan shotcrete juga berperanan merendahkan kualiti jasad batuan untuk jangka masa panjang. Sistem KJBT yang dihasilkan daripada kajian ini didapati sesuai untuk diaplikasikan dalam kerja-kerja penyelenggaraan terowong yang diselaputi shotcrete dan telah lama beroperasi. Sistem in merupakan suatu inovasi untuk menilai keadaan jasad batuan tapa merosakkan bahan pelindung shotcrete dan dapat menjimatkan kos dan masa. Aplikasi sistem KJBT juga berpotensi untuk dikembangkan kepada struktur kejuruteraan lain seperti cerun dan pendasaran.

Download File / URL

[thumbnail of Hamzah Hussin.pdf] Text
Hamzah Hussin.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (20MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2020
Subject Heading: Geological mapping
Subject Heading: Electric resistors
Subject Heading: Tomography
Subject Heading: Shotcrete
Number of Pages: 247
Call Number: QE36 .H36 2020 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Faculty/Centre/Office: Faculty of Earth Sciences
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10757
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2