Digital Special Collection Portal

Tipologi gaya rupa senibina rumah tradisional di Kota Bharu, Kelantan.


Citation

Rohayu Daud (2017) Tipologi gaya rupa senibina rumah tradisional di Kota Bharu, Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Senibina rumah di Malaysia merupakan sebahagian daripada aspek seni rupa yang unik dengan memperlihatkan hasil daya kreatif masyarakat serta corak budayanya yang tinggi melalui pelbagai gaya pembinaan sejak dari era sebelum kemerdekaan sehingga selepas kemerdekaan. Antara rumah terawal dan tertua dibina pada abad ke 18 iaitu rumah Hajjah Nik Fatimah Nik Abdullah yang terletak di negeri Kelantan. Perkembangan senibina rumah di Kelantan bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti kerana tiada kajian yang menyeluruh dijalankan terhadap rumah-rumah di negeri tersebut. Oleh yang demikian, matlamat kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti tipologi senibina rumah-rumah di Kota Bharu, Kelantan dari segi gaya rupa fasad. Terdapat empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tipologi gaya rupa senibina di Kota Bharu, Kelantan mengikut tahun pembinaan; mengkaji komposisi elemen fasad; mengenalpasti komponen fasad serta mengkaji perubahan fasad rumah kajian. Metodologi kajian kualitatif yang digunakan bagi kajian ini adalah berdasarkan kajian sejarah dan kajian kes 27 buah rumah di jajahan Kota Bharu, Kelantan melalui lukisan terukur yang diperoleh dari Jabatan Senibina, Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan empat kaedah iaitu dokumentasi, pemerhatian, imej fotografi dan temubual. Analisis kajian dijalankan ke atas klasifikasi tipologi gaya rupa, komposisi elemen, komponen fasad dan perubahan fasad rumah. Hasil kajian menemukakan dua perkembangan gaya rupa rumah tradisional melalui tahun pembinaan iaitu Rumah Tradisional (1810-1910an) dan Rumah Tradisional-Kolonial (1920-1970an) yang menampilkan rumah Tiang Dua Belas, rumah Bujang Selasar, rumah Peranakan Cina, rumah Perabung Lima, rumah Bumbung Limas, rumah Limas Bungkus dan rumah Potong Perak. Setiap tipologi gaya rupa fasad rumah asal ini telah mengalami perubahan dari segi komposisi seperti simetri, pengulangan dan irama, hirarki, perubahan elemen pada zon menegak, perubahan ruang pada zon melintang dan sedikit perubahan fasad dari rumah asal. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan tipologi senibina rumah di Kelantan ini adalah dari segi pembinaan rumah, pendekatan senibina luar, kemajuan bahan dan teknologi serta kedudukan geografi. Penyelidikan ini diharap dapat dijadikan sebagai rujukan terhadap perkembangan senibina rumah Tradisional di Kelantan melalui garis masa yang dilakukan selain membantu arkitek mahupun pereka dalam menentukan tipologi gaya rupa rekabentuk rumah yang dibina sejak dari awal rekaan, pembinaan dan sehingga selepas proses pengubahsuaian dilakukan.

Download File / URL

[thumbnail of Rohayu Daud.pdf] Text
Rohayu Daud.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (240MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Pn. Wan Nurjuliana Wan Abd Ghafar
Date Deposited: 17 Aug 2022 05:06
Last Modified: 17 Aug 2022 05:06
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10715
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2