Digital Special Collection Portal

Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, PPBPI (2012) Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III. [Video]

Abstract

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Rangkaian Pembelajaran ASEAN (ALN) menganjurkan Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk setempat.

ALN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan oleh beberapa buah Universiti di ASEAN iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), University of St. Gallen, Switzerland, San Beda College, Filipina; Banking University of Ho Chi Minh City, Vietnam; Prince of Songkla University, Thailand dan Universiti Brunei Darussalam, Brunei.

Selepas kejayaan beberapa siri program SEED di Kampung Sri Tujuh, Tumpat kini program tersebut telah dikembangkan ke perkampungan Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang pada 31 Ogos hingga 13 September 2012.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, program ini akan membuka ruang dan peluang kepada peserta untuk memasarkan produk penduduk setempat ke kawasan bandar melalui penglibatan dan aktiviti yang dijalankan oleh peserta SEED.

Beliau berkata, proram SEED III ini membabitkan lebih 30 peserta termasuk dari UMK, universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina dan Thailand dengan meneroka beberapa buah perkampungan Orang Asli Kaum Temiar pada 4 hingga 11 September 2012.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III, di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 12 September 2012.

Program SEED 2012, kali ini mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan SME Bank yang sama-sama mendengar pembentangan peserta pada akhir program tentang projek perniagaan yang berpotensi.

Download File / URL

[thumbnail of seed3 10 minit.mpg] Video
seed3 10 minit.mpg

Download (2GB)
[thumbnail of Video SEED 3 10minit] Video (Video SEED 3 10minit)
seed3.wmv

Download (740MB)

Additional Metadata

Item Type: Video
Collection Type: Institution
Date: 13 September 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10405
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2