Digital Special Collection Portal

Kelestarian perniagaan produk berasaskan kayu dalam kalangan usahawan bumiputera bersaiz mikro, kecil, dan sederhana di Kelantan: kemahiran, strategi dan kelebihan bersaing.


Citation

Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan (2014) Kelestarian perniagaan produk berasaskan kayu dalam kalangan usahawan bumiputera bersaiz mikro, kecil, dan sederhana di Kelantan: kemahiran, strategi dan kelebihan bersaing. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Malaysia adalah salah sebuah negara pengeksport perabot terbesar di dunia, tetapi penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor ini amatlah kecil berbanding kaum lain, sedangkan mereka merupakan kaum majoriti di negara ini. Ini merupakan satu kerugian kerana industri ini merupakan salah satu sasaran ekonomi negara dan penjana tukaran wang asing. Isu utama adalah berkait dengan soal ketidakupayaan usahawan Bumiputera untuk meneruskan kelestarian yang akhirnya menyebabkan bilangan usahawan terbabit telah merosot. Justeru, isu ini serius dan perlu diteliti kerana ia penting untuk kelangsungan ekonomi Bumiputera. Oleh itu, penyelidikan ini diadakan untuk meneliti tentang apa dan bagaimana usahawan mampu memastikan kelestarian perniagaan mereka di samping mengurangkan jurang akademik yang melibatkan Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), isu kekurangan model tempatan dan strategi PKS Bumiputera dalam memastikan kelestarian perniagaan. Dalam melaksanakan penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan metod kualitatif untuk mengumpul data kerana ianya bersifat induktif dan holistik. Data transkrip telah diproses dengan menggunakan perisian nvivo dan kemudiannya ia dianalisis berdasarkan kes yang dikaji dan kemudiannya dibuat analisis silang. Penemuan penyelidikan ini telah digunakan untuk menjawab dua perkara utama iaitu persoalan penyelidikan dan untuk menghasilkan satu kerangka Konsep Usahawan Lestari atau Kerangka KUL. Kerangka ini berpaksikan sumber ilmu, pengalaman, nilai dan kemahiran usahawan yang dijadikan asas strategi untuk mencapai kelestarian perniagaan. Seorang usahawan yang lestari bukan sahaja mahir dalam ilmu pertukangan, malahan menguasai kemahiran pengurusan dan strategi persaingan.

Download File / URL

[thumbnail of TUAN MOHD ROSLI BIN TUAN HASSAN.pdf] Text
TUAN MOHD ROSLI BIN TUAN HASSAN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2014
Number of Pages: 560
Research Type: Qualitative
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob
Programme: Doktor Falsafah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10331
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2