Digital Special Collection Portal

Pengaruh personaliti usahawan terhadap prestasi perniagaan usahawan batik malaysia: orientasi keusahawanan dan inisiatif kerajaan sebagai pengantara


Citation

Tengku Khairi Tengku A Rahman (2016) Pengaruh personaliti usahawan terhadap prestasi perniagaan usahawan batik malaysia: orientasi keusahawanan dan inisiatif kerajaan sebagai pengantara. Doctoral thesis, Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan. (Submitted)

Abstract

Sebagaimana perkembangan industri batik pada hari ini semakin kompleks, peranan keusahawanan amatlah perlu diberi perhatian didalam membangunkan industri batik. Sehubungan itu, objektif utama penyelidikan ini ialah menilai perhubungan signifikan diantara personaliti usahawan dengan perkembangan prestasi perusahaan batik. Sebagaimana penekanan didalam kajian ini, lima faktor tidak bersandar didalam personaliti usahawan akan menjadi nilai utama kepada pembangunan usahawan batik supaya mereka dapat bergerak dengan lebih maju. Faktor tersebut adalah keperluan pencapaian, lokus kawalan, kreativiti, inovasi dan merebut peluang pasaran. Seterusnya, inisiatif kerajaan telah dijadikan sebagai faktor moderator untuk menilai kolerasi partial perhubungan diantara personaliti usahawan dan prestasi perniagaan dan orientasi keusahawanan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran soal selidik kepada usahawan batik di seluruh Malaysia. Daripada 410 usahawan batik Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di seluruh Malaysia, hanya 250 orang responden sahaja telah dipilih secara rawak untuk mewakili keseluruhan populasi didalam kajian ini. Walaubagaimana pun hanya 208 orang responden yang telah menjawab dengan lengkap soal selidik. Seterusnya analisis ini menunjukkan bahawa keseluruhan penemuan ini amat menyokong kepada hipotesis-hipotesis kajian. Melalui analisis regresi pelbagai, penemuan ini mendapati bahawa kesemua lima faktor didalam personaliti usahawan mempunyai perhubungan signifikan dengan petunjuk perniagaan perusahaan batik. Sementara itu, kelima-lima faktor tidak bersandar iaitu keperluan pencapaian, lokus kawalan, kreativiti, inovasi dan merebut peluang pasaran juga mempunyai perhubungan yang signifikan dengan orientasi keusahawanan. Tambahan lagi, peranan inisiatif kerajaan sebagai faktor moderator juga memberi sumbangan terhadap perhubungan diantara personaliti usahawan dengan prestasi perniagaan perusahaan batik dan orientasi keusahawanan. Keseluruhannya, kajian ini membuktikan usahawan batik Malaysia bersetuju bahawa faktor personaliti usahawan mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap prestasi perniagaan perusahaan batik mereka. Pihak Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam bantuan pembangunan keusahawanan perusahaan batik. Kajian ini membantu sumbangan kearah untuk memperkukuhkan lagi teori keusahawanan dan menyumbang kepada pembangunan dasar kerajaan untuk perusahaan batik.

Download File / URL

[thumbnail of TENGKU KHAIRI BIN TENGKU A.RAHMAN.pdf] Text
TENGKU KHAIRI BIN TENGKU A.RAHMAN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2016
Number of Pages: 366
Supervisor: Prof. Madya Dr Ghazali Bin Ahmad
Programme: Doktor Falsafah
Institution: Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10289
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2