Digital Special Collection Portal

Peranan dan sumbangan KEMAS dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Bachok,Kelantan.


Citation

Mohd Rusdin Jusoh (2016) Peranan dan sumbangan KEMAS dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Bachok,Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan dan sumbangan KEMAS dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Bachok, Kelantan. Penelitian peranan dan sumbangan KEMAS ini berdasarkan tiga tema utama iaitu indikator status semasa keadaan sosioekonomi masyarakat, peranan KEMAS dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dijalankan oleh KEMAS. Walaupun kajian ini bersifat makro tetapi dengan memberikan penumpuan terperinci terhadap ciri-ciri pembangunan sosioekonomi, maka dapat dibuat penilaian keberkesanan program-program yang dianjurkan oleh KEMAS. Dalam kajian ini tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipilih sebagai lokasi kajian iaitu DUN Tawang, DUN Perupok dan DUN Jelawat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Maklumat kajian telah dikumpul menggunakan borang soalselidik dan dianalisis menggunakan Perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Kajian ini melibatkan seramai 356 orang ketua keluarga yang telah dipilih daripada ketiga-tiga DUN yang terlibat. Mereka ini terdiri daripada 177 orang peserta program KEMAS dan 179 orang bukan peserta KEMAS. Kesemua responden kajian ini dipilih secara convenience sampling. Secara umumnya, program-program pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan oleh KEMAS telah membantu meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi dalam bidang sosial, ekonomi dan politik masyarakat luar bandar. Walau bagaimanapun, bentuk perubahan tersebut adalah berbeza-beza di antara ahli masyarakat luar bandar. Penemuan kajian juga menunjukkan masyarakat luar bandar telah turut serta secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan KEMAS.

Download File / URL

[thumbnail of MOHD RUSDIN BIN JUSOH.pdf] Text
MOHD RUSDIN BIN JUSOH.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 17 May 2017 03:45
Last Modified: 17 Aug 2022 04:46
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10273
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2