Digital Special Collection Portal

Rasa fenomenologi dalam filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee.


Citation

Azaha Ibrahim (2016) Rasa fenomenologi dalam filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini memperjelaskan perkaitan fenomenologi (estetika) dengan rasa khalayak berdasarkan filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee. Aspek estetika dibataskan kepada estetika bentuk, estetika nilai, estetika sosiologi, estetika makna, dan estetika logik. Rasa adalah berkaitan dengan emosi khalayak iaitu rasa kasih, rasa riang, rasa sedih, rasa marah, rasa bertenaga, rasa takut, rasa jijik, dan rasa hairan. Lima buah filem telah dikaji iaitu filem PENAREK BECHA (1955), SEMERAH PADI (1956), SUMPAH ORANG MINYAK (1958), ANTARA DUA DARJAT (1960), dan IBU MERTUA KU (1962). Objektif kajian yang pertama menganalisis dan menghuraikan unsur-unsur estetika yang terdapat dalam filem-filem yang dikaji. Kedua, menganalisis dan menghuraikan perkaitan fenomenologi (estetika) dengan rasa khalayak iaitu ‘rasa fenomenologi’ berdasarkan scene-scene estetika yang terpilih. Ketiga, menganalisis dan menghuraikan rasa yang dominan dalam filem-filem yang dikaji. Filem-filem yang dikaji dianalisis secara kaedah analisis kandungan (content analysis) untuk memilih scene-scene yang menepati ciri-ciri estetika yang ditetapkan. Scene-scene yang terpilih ditayangkan kepada khalayak yang terdiri 88 responden untuk mengukur tahap rasa berdasarkan fenomenologi sosiobudaya kehidupan masyarakat yang direpresentasikan melalui filem. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 77 scene estetika daripada lima filem yang dikaji mampu menyentuh rasa khalayak. Filem PENAREK BECHA (1955) membangkitkan rasa marah dengan min 2.24 iaitu rasa utama yang mendominasi filem ini di samping rasa sedih 1.89 dan rasa kasih 1.00. Filem SEMERAH PADI (1956), SUMPAH ORANG MINYAK (1958) dan IBU MERTUA KU (1962) didominasi oleh rasa sedih dengan min 1.40, 2.00 dan 2.40. Filem ANTARA DUA DARJAT (1960) memperlihatkan rasa kasih dan rasa riang mendahului rasa yang lain masing-masing dengan min 1.23. Secara rumusannya, kelima-lima filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee memberi kesan lapan rasa kepada khalayak yang didominasikan oleh rasa sedih 1.76, rasa kasih 1.25, rasa riang 1.01, rasa marah 1.26, rasa bertenaga 0.65, rasa takut 0.52, rasa jijik 0.46 dan rasa hairan 0.87.

Download File / URL

[thumbnail of AZAHA BIN IBRAHIM.pdf] Text
AZAHA BIN IBRAHIM.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2016
Number of Pages: 588
Supervisor: Profesor Dr. Abu Hassan Hasbullah
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1990 Broadcasting
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10268
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2